05 June 2011

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif Bhg.3

Semasa Mengandung

Pelbagai Persiapan dilakukan seawal mungkin dan tersedia rapi untuk menyambut kelahiran orang baru,tapi harus diingat dalam kesibukan menyambut orang baru,jangan lupa pendidikan anak seawal usia dalam janin lagi.Apapun yang dilakukan akan mempengaruhi peribadi si anak samada perbuatan yang positif mahupun negatif.

Terdapat beberapa amalan untuk ibu mengandung :
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran terutamanya Surah Maryam,Surah Yusuf dan Surah Luqman atau memperbanyakkan mendengar bacaan Al-Quran samada melalui kaset atau daripada bacaan suami.
  • Memperbanyakkan solat sunat sekiranya mampu kerana beberapa posisi solat akan memudahkan proses bersalin.
  • Berzikir kerana ianya mampu menenangkan jiwa dan menstabilkan emosi ibu yang mengandung.
  • Berakhlak dengan sifat-sifat terpuji kerana apa sahaja yan dilakukan oleh ibu yang mengandung akan memberi kesan padaanak dalam kandungan.
  • Berdoa agar anak yang bakal lahir akan menjadi soleh atau solehah dan insa yang berguna pada ummah. 
  • Membaca Ayat Al-Kursi dan surah Al-a'raf ayat 54 dan memohon perlindungan pada Allah dengan membaca Surah Al-Falaq dan Al-Nas.
  • Makan makanan yang berzat dan halal kerana apa sahaja yang dimakan oleh ibu akan menjadi darah daging pada anak dalam kandungan.
  • Hubungan mesra antara suami dan isteri juga perlu dijaga kerana hubungan yang keruh memberi impak yang negatif pada anak dalam kandungan.
Amalan suami semasa isteri mengandung:
  • Suami hendaklah banyak bertaubat pada Allah S.W.T
  • Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
  • Banyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat dan berpuasa sunat
  • Melakukan solat fardhu berjemaah.
  • Elakkan pergi tempat yang dilarang oleh syarak.
  • Rajin menghadiri majlis ilmu dan bergaul dengan orang soleh.
  • Suami hendaklah banyak bersabar melayan karenah isteri yang mengandung.
  • Pastikan rezeki dari sumber yang halal.
  • Banyak membaca doa untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung dan anak di dalam kandungan.
  • Suami hendaklah menjauhkan diri dari marah dan benci pada isteri.
  • Banyak membaca Surah Al-Fatihah,Luqman,Yasin,Yusuf,Surah Al-Nahl ayat 78 dan Surah Maryam
Kepada yang berminat untuk membeli buku ini secara online sila layari  klik disini

Sumber rujukan : Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
.
Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

2 comments:

  1. maklumat yang sangat berguna...
    mohon untuk copy untuk koleksi..boleh ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...