09 June 2011

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif Bhg.Akhir

Selepas Anak Dilahirkan

Raikan Kelahiran anak mengikut sunnah sebagaiman yang telah ditetapkan oleh Islam dan diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W seperti berikut:
  • Sampaikan Khabar Gembira
  • Azan Dan Iqamah
  • Tahnik
  • Menamakan Bayi
  • Cukur Rambut Dan Akikah
Sampaikan Khabar Gembira

Kelahiran anak bukan sahaja menggembirakan hati ibu dan bapanya tapi semua sanak saudara serta sahabat handai.Oleh itu sampaikan berita gembira pada semua yang anda kenali.Bagi mereka yang mendapat berita kelahiran ini,ucapkanlah Tahniah serta doakan bayi yang baru lahir itu.

Azan Dan Iqamah

Bayi yang baru lahir hendaklah diazankan dan iqamah pada sebelah kiri,agar anak itu akan terbimbing ke arah jalan yang lurus dan tidak menyimpang ke lorong yang tidak sepatutnya.Inilah didikan yang diterapkan dalam Islam iaitu memperdengarkan kalimat Tauhid kepada bayi sebaik sahaja anak itu dilahirkan.Selain itu azan juga dapat menghindarkan anak itu dari gangguan syaitan.

Menamakan Bayi

Namakan bayi dengan nama yang indah dan cantik,kerana setiap orang yang menyebut nama bayi itu seolah-olah mendoakannya.Namun ibu bapa sekarang lebih suka menamakan anak mereka dengan nama yang tiada makna.Mereka bangga apabila anak mereka mempunyai nama yang berlainan dengan orang lain.Mereka tidak terfikir di akhirat kelak mereka akan dipanggil dengan nama tersebut di khalayak ramai. 

Cukur Rambut Dan Akikah

Kehidupan baru bayi ini diserikan pelbagai acara keagamaan yang mempunyai simbolik tertentu,secara tidak langsung akan mendekatkan anak kepada sunnah Rasulullah S.A.W.
  Melalui majlis akikah dan bercukur ini anak akan merasakan dirinya dihargai serta disayangi,kerana pastinya anak-anak ini jadi perhatian semasa majlis ini berlangsung.Secara tidak langsung anak ini telah di bentuk menjadi insan yang positif kerana dibesarkan dalam suasana kemasyarakatan yang kaya dengan sifat kasih sayang serta bekerjasama serta dan besatu padu.

Ok sampai disini sahaja yang dapat saya kongsikan tentang buku PETUA MENDIDIK ANAK JADI INSAN POSITIF saya rasa tidak rugi kalau anda membelinya terutama sekali bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga atau baru mendirikan rumah tangga.Ada banyak lagi perkara yang dikupas dalam buku ini,seperti cara ibu bapa nak muhasabah diri,memadamkan rekod lama,8 petua membentuk anak menjadi insan yang positif,contoh kata-kata untuk merangsang anak dan banyak lagi.Semoga kita menjadi insan yang positif serta mampu mendidik generasi akan datang menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

    Bagi mereka yang ingin memiliki buku ini bolehlah membelinya di kedai-kedai yang berhampiran atau membelinya secara online di e-store kami klik disini 


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...