05 June 2011

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif Bhg.2

Seperti yang telah saya tulis pada post sebelumnya,mendidik anak menjadi insan yang positif terbahagi pada 3 fasa jadi saya akan hurai satu persatu:
  • Sebelum Perkahwinan
  • Semasa Mengandung
  • Selepas anak dilahirkan
Sebelum Perkahwinan

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila datang pada kamu seseorang yang kamu reda akan agama dan akhlaknya,maka kahwinilah dia,jika
tidak maka akan tersebarlah fitnah dibumi dan kemusnahan yang luas" (Riwayat Tarmizi)
  Jadi pilihlah pasangan hidup yang tepat,bukan berlandaskan pada kecantikan,harta yang melimpah dan nafsu semata-mata.Minta petunjuk dari Allah agar pilihan yang dibuat adalah tepat ibarat permata dicelahan
kaca.

Petua Memilih Calon Isteri

Wanita yang beragama

Islam amat menitikberatkan pemilihan bakal suami dan isteri,sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara,kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Maka pilihlah keagamanya,nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." Riwayat Bukhari Dan Muslim.

Cantik

Kecantikan Boleh membuat suami berasa cukup dengan apa yang ada,tidak memandang yang lain dan melayan isteri dengan sebaiknya.Tetapi kecantikan hanya bersifat sementara dan bukannya sebagai sandaran utama.

Anak Dara

Anak dara biasanya boleh melahirkan zuriat yang ramai,masih malu dihadapan suami dan biasanya merasa cukup dengan harta yang sedikit.

Wanita Dari keturunan yang baik-baik

Iaitu keluarga yang terdidik dengan agam yang mantap

Tidak memilih pasangan dari keluarga terdekat

Pasangan dari keluarga terdekat akan melahirkan keluarga yang lemah atau Sindrom Down

Sedarkah kita Islam telah memberikan panduan yang jelas berdasarkan pada sumber rujukan utama iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah,bagaimana pula dengan panduan memilih bakal suami?
Islam tidak meletakkan garis panduan sejelas memilih bakal isteri kerana lazimnya lelaki yang akan mencari cinta (jodoh) tapi tak salah kalau perigi mencari timba.Untuk mencari bakal suami,lelaki beragama adalah keutamaan.

Bersambung Pada Post akan datang

Sumber rujukan :Buku Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...