05 June 2011

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif Bhg.1

Bulan lepas saya ada membeli beberapa buku keluaran Telaga Biru,antara buku yang menarik perhatian saya adalah buku Petua Mendidik Anak menjadi Insan Yang Positif .Jadi saya ingin kongsikan serba sedikit panduan dalam buku ini untuk rujukan kita bersama.
    Memang sudah menjadi impian setiap ibu dan bapa di dunia ini untuk memiliki anak yang soleh dan solehah.Dengan erti kata lain menjadikan anaknya insan yang positif.
  Insan yang positif adalah insan yang berjaya dalam hidupnya di dunia dan akhirat.Mereka melihat kehidupan sebagai satu medan perjuangan yang amat menyeronokkan.Sentiasa memenuhi kehidupan harian dengan aktviti yang bermanfaat,bukan untuk dirinya sahaja bahkan untuk umat sejagat.Tetapi hasrat dan cita-cita ini tidak semudah yang diimpikan.Ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak mereka tidak menjadi seperti apa yang diimpikan.
  Didikan yang sepatutnya kita berikan pada anak-anak sekarang berbeza berbanding dengan didikan ibu dan bapa kita dahulu,kerana didikan seharusnya selari dengan peredaran zaman,oleh itu ilmu keibubapaan adalah penting.Sebenarnya islam telah menyediakan garis panduan yang khusus bagaimana mendidik anak menjadi insan yang positif ianya bermula seawal peringkat mencari jodoh lagi.
  Lelaki dan wanita berhak memilih pasangan yang soleh dan solehah,supaya anak yang bakal dilahirkan akan mempunyai akhlak yang mulia sebagaimana orang tuanya kesan dari didikan positif dari insan yang positif.

Cara mendidik anak menjadi insan yang positif boleh dibahagikan pada 3 fasa:
  • Sebelum berkahwin
  • Semasa mengandung
  • Selepas anak dilahirkan
Apakah yang dimaksudkan dengan insan yang positif?Insan yang positif ialah peribadinya yang terbentuk menjadi anak yang cemerlang seperti:
  • Taat kepada Allah dan kedua Ibubapa
  • Mampu menempuh arus dunia yang mencabar
  • Seimbang dalam pencapaian dunia dan Akhirat
  • Mampu menyelesaikan masalah
  • Mempunyai daya tahan yang tinggi
  • Sentiasa berusaha secara optimum
 Sambungan pada post seterusnya

Sumber Rujukan : Buku Petua mendidik anak menjadi insan yang positif
Nak Order secara online klik disini.

Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...