13 June 2011

Bunga Ros Dalam Perubatan

Tahukah anda haruman bunga ros telah digunakan secara meluas dalam perubatan Islam silam.Kaedah ini telah diamalkan sejak zaman kegemilangan Kerajaan Islam Bani Umaiyyah.Kaedah ini dikenali sebagai terapi wangian,sekarang ini dipanggil aroma terapi.

Rawatan Aroma Terapi

Ibnu Sina adalah Sarjana islam yang pertama menemui kaedah rawatan aroma terapi dan telah mencipta proses penyulingan wap pada abad ke 11 untuk menghasilkan minyak pati bunga bagi tujuan aroma terapi.
Air mawar telah digunakan oleh para doktor zaman dahulu untuk merawat masalah saraf  dan penyakit paru-paru.Manakala ekstrak kelopaknya digunakan sebagai untuk masalah jantung dan buah pinggang.

Khasiat Bunga Ros

Kelopak bunga ros mengandungi vitamin C,karotena,kumpulan vitamin B dan K.Hampir semua mineral penting yang terkandung dalam jadual berkala Mendelyves boleh didapati dalam kelopak bunga.Juga mengandungi kalsium yang mampu mempengaruhi metabolisme dan proses asimilasi makanan.Mempunyai kalium yang sangat penting untuk mengekalkan aktiviti jantung yang sihat,tembaga  untuk menggalakkan haemopoesis dan meningkatkan aktiviti kalenjar endokrin dan banyak lagi.
    Hasil kajian yang telah dilakukan oleh Dr.Boris Basilyev seorang doktor sains perubatan US telah mendapati bahawa bakteria akan mati apabila menyentuh kelopak ros segar.Mampu merawat luka,melecur dan melegakan alahan kulit dan gatal.
     Menurut kata beliau dari kelopak yang segar hinggalah yang semuanya mempunyai kuasa penawar yang tersendiri.Bagi merawat radang mulau dan stomatitis (radang pada membran mukus mulut) serbuk kelopak bunga ros dicampur dengan madu dan disapu pada gusi yang mengalami keradangan.Bagi menghilangkan pening kepala,mabuk  serta lemah tenaga,semuanya boleh dirawat dengan menghidu bunga ros segar atau pun minyak bunga ros.

Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah,bukan sahaja bunga ros ini wangi dan cantik tapi baunya mampu menjadi penawar kepada manusia.

Sumber Rujukan Al-Islam April 2011

Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...