15 June 2011

Buku Secangkir Teh Pengubat Letih

Buku Secangkir Teh Pengubat Letih merupakan catatan kembara penulis buku ini iaitu Hasrizal Abd.Jamil tentang tamadun Islam serta budaya masyarakat di Turki.Buku ini bukan sahaja merakam tamadun Islam di sana ,kecantikan budaya serta budi mereka,malah turut membawa pembaca menyelami keindahan persaudaraan seagama dalam Islam,walaupun berbeza latar budaya mahupun negara.
  Penulis turut menceritakan Turki dari 2 sisi yang menarik iaitu sekular dan Islam yang menjadi sebahagian landskap sosial masyarakat Turki.Beliau mendapati bahawa masyarakat Turki mengalami krisis identiti yang sukar difahami kecuali kita merenung permasalahan itu dan cuba memahami mereka dari dalam.
   Sebagai contoh di kawasan Bandar seperti Istanbul akan ditemui Islam yang sekular dengan menjual majalah lucah secara berleluasa,wujudnya tarian gelek,serta keruntuhan akhlak seperti bercumbu-cumbuan adalah perkara biasa.Begitu juga dengan golongan Alevi di Serinyol yang memegang fahaman Syiah Alevi aliran Nusairiyyah membenarkan meminum arak secara terbuka dan hampir setiap kedai memaparkan gambar pemuda yang didakwa Saidina Ali.Setiap 10 Muharam pula mereka akan berkumpul menyiksa diri  bagi memperingati kematian Saidina Ali.Manakala sebelah malamnya mereka berzina dalam gelap beramai-ramai.
   Satu perkara yang menarik perhatian penulis adalah keakraban penduduk disana.Beliau berkesempatan berkenalan dengan beberapa warga Islam disana,hubungan mereka bagaikan satu keluarga malah ada yang sanggup menghulurkan bantuan walaupun tidak pernah saling mengenali.
  Menurut kata penulis lagi,disebalik beberapa sekatan terhadap warga muslim disana,tetapi mereka begitu bersungguh-sungguh dalam memberikan pendidikan mengenai Islam.Terdapat berjuta-juta penduduk disana menghafaz Al-Quran.
    Gaya naratif yang digunakan penulis menjadikan buku setebal 267 mukasurat terbitan Galeri Ilmu ini begitu
menarik dan berguna dalam meluaskan pengetahuan umum dan sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat.

Sumber Rujukan : Berita  Harian.

Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E_store kami di http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...