24 June 2011

Buku Bimbingan Rohani 4

Syarah al-Hikam (Jilid 1)

Harga setiap unit (piece): RM50.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini


Penulis        :  : Sheikh al-Imam Tajuddin Ahmad Bin Muhammad Bin Abdul Karim Bin Athaillah Iskandary
Terjemahan dan Syarahan oleh: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kod Katalog :  TBBK 1118
Kos ISBN     :  978-967-5102-35-6
HARGA        :  RM 50.00

AL-HIKAM ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf. Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf.
TASAWUF adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub.
TAUHID pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.





Wasiat Luqman al-Hakim

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini


Penulis:  Ahmad Hasan Mohd Nazam
Kod Katalog: TBBK1122
Kos ISBN: 978-967-5102-56-1
HARGA:  RM20.00

Wasiat Luqman al- Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak. Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat. Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular kerana ia menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman al-Hakim kepada anaknya.




Panduan Perbankan Islam: Kontrak dan Produk Asas

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini


Penulis:  Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog: TBBK 1123
Kos ISBN: 978-967-5102-43-1
HARGA:  RM20.00

Semakin banyak pihak mula menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang kewangan dan perbankan Islam sama ada daripada kalangan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam dan pelajar universiti. Bertitik tolak daripada keperluan itu, lahirlah buku ini sebagai satu usaha Zaharuddin Abd. Rahman untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik iaitu dengan:
• Menampilkannya dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal sehingga akhir.
• Mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti di peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya para ilmuan syariah.
• Mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.

Klik disini untuk Tempahan



SJRTT Umrah dan Adab Ziarah Madianah TAMB

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini


Penulis: Ustaz Zahazan Mohamed
Kod Katalog: TBBK1126
Kos ISBN: 978-967-5102-61-5
HARGA: RM20.00

Buku ini berkisar kepada persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah umrah di Makkah dan Madinah. Antara faedah yang boleh didapati daripada buku ini ialah: Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan umrah dan ziarah Madinah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu. * Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru. * Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah. * Boleh dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama ketika mengerjakan umrah dan ziarah. * Carta Aturan Pelaksanaan Umrah sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan umrah itu sebagai satu overview.

Klik disini untuk Tempahan



A Comprehensive Prayer Formula

Harga setiap unit (piece): RM26.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis:  Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog: TBBK1127
Kos ISBN: 978-967-5102-57-8
HARGA:  RM26.00

Invite the readers to reflect upon the hadith of the Prophet SAW in which he says, “Pray as you have seen me praying” while giving precedence to the interpretations of evidences by the Shafi`I scholars. In addition, the opinions of other schools of thought are also analyzed and benefited from wherever pertinent. * Motivate the Muslims to perform prayer in the best manner possible by perfecting its pillars and Sunnah acts as well as observing its conditions, through learning and understanding the evidences. * Deepen the relationship with prayer by pondering upon the recitations of the prayer and its movements in perfecting the prayer internally. * Enhance the understanding of the Muslims on the matters that inhibit the presence of khushu` in prayer, especially from among the major sins. * Improve the knowledge of this act of worship which we are commanded to perform five times every single day until our last breath.




Anda Bertanya Saya Menjawab Tentang Masalah Agama

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini


Penulis:  Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi
Kod Katalog: TBBK1128
Kos ISBN: 978-967-5102-60-8
HARGA:  RM20.00

Buku ini menjawab persoalan, masalah atau kemusykilan agama yang sering menghantui ramai orang. Antara aspek yang dijawab seperti ;
• Persoalan peribadi.
• Masalah ibu bapa dengan anak-anak dan akhlak remaja.
• Hubungan sulit suami isteri.
• Hubungan menantu, mentua dan ipar duai.
• Kesempurnaan amal ibadah.
• Hukum halal haram.
• Hukum berkaitan dengan masalah kewangan kontemporari.
Anda mungkin mengharungi banyak masalah dalam kehidupan ini. Anda tidak punya banyak tempat khusus untuk bertanya. Mungkin anda tidak punya banyak masa untuk bertanya. Pada masa yang lain anda malu untuk bertanya terutama persoalan yang melibatkan permasalahan yang sulit dan memalukan. Maka buku ini diharapkan dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan jawapan daripada orang yang ahli dalam bidangnya.



Indahnya Amalan Doa

Harga setiap unit (piece): RM35.00

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Dato' Ismail Kamus
Kod Buku : TBBK1133
Kod ISBN : 978-967-5102-66-0
Harga : RM35.00


Buku “INDAHNYA AMALAN DOA” diterbitkan se­bagai susulan kepada buku beliau INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pem­baca khasnya dan seluruh umat Islam am­nya.
Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tu­lang belakang kepada ajaran akidah Islami­ah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadi­kan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang di­capai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

Klik disini untuk Tempahan



SJRTT Haji Tapi Anda Malu Bertanya

Harga setiap unit (piece): RM20.00


Penulis : Zahazan Mohamed & Mohammad Nidzam
Kod Buku : TBBK1137
Kod ISBN : 978-967-5102-69-1
Harga : RM20.00


 Buku SOAL JAWAB REMEH_TEMEH TENTANG HAJI TAPI ANDA MALU BERTANYA...ini berkisar kepada persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah Haji di Makkah dan Madinah.
KELEBIHAN BUKU INI : 
  • Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan haji di Makkah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu. 
  • Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah haji kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru.
  • Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah.
  • Dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan mengerjakan haji.
  • Carta Aliran Pelaksanaan Haji Ifrad sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan haji itu sebagai satu overview.
Klik disini untuk Tempahan



Solat Sunat Pilihan 2

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Penulis : Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kod Katalog : TBBK1141
Kod ISBN : 978-967-5102-74-5
Harga : RM20.00


Dalam Solat Sunat Pilihan 2 ini disambung dengan solat Istikharah, so­lat Tasbih, solat Taubat, solat Istisqa’ (mohon hujan) dan solat Tarawih. Sesungguhnya solat sunat ialah solat tambahan selain daripada solat fardu yang memainkan dua peranan penting:
Pertama: Jika solat fardu anda sudah sempurna, solat sunat berperanan meningkatkan darjat ibadah anda kepada Allah s.w.t.
Kedua: Jika solat fardu anda belum sempurna lantaran kurang khusyuk atau meninggalkan perkara-perkara sunat, maka solat sunat berperanan menampung kekurangan yang anda lakukan dalam solat wajib.
Buku ini berbeza kerana penulisnya membawa hujah dari al-Quran dan hadis dalam setiap perbuatan solat. Ini boleh membantu solat kita dilakukan dengan lebih berotoriti dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu disertakan juga hikmah di sebalik setiap perbuatan. Buku ini juga mengandungi doa-doa di dalam dan selepas solat sunat yang sangat mustajab untuk diamalkan.



Ringkasan Riyadhus Solihin

Harga setiap unit (piece): RM50.00
Penulis : Imam Nawawi
Kod Buku : TBBK1142
Kod ISBN : 978-967-5102-75-2
Harga : RM50.00



RIYADHUS SOLIHIN yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi’i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab RINGKASAN RIYADHUS SOLIHIN oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.

Klik disini untuk Tempahan



Mukmin Profesional - Celik Mata Hati

Harga setiap unit (piece): RM55.00


Penulis : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Kod Buku : TBBK1145
Kod ISBN : 978-967-5102-96-7
Harga : RM55.00



Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:
• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam.
• Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin.
• Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati.
• Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

Al-Mathurat (Kecil)

Harga setiap unit (piece): RM3.00

Penulis : Ustaz Dr Badrul Amin
Kod Buku : TBBK1149
Kod ISBN : 978-967-5102-84-4
Harga : RM3.00 (3 buah)


Al-Ma’thurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib:“Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya.”

Klik disini untuk Tempahan



Tasawuf Kontemporari

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Mohammad Nidzam Abd Kadir
Kod Buku :  TBBK1152
Kod ISBN : 978-967-5102-81-3
Harga : RM20.00


Buku ini memberi kefahaman terhadap tasawuf dan bagaimana untuk mengimplementasikannya dalam kehidupan kontem­porari pada hari ini. Juga diterangkan berbezaan dan persamaan antara ta­sawuf dengan tarekat. Tasawuf tidak boleh dipisahkan dengan ilmu syariat dan tauhid. Buku ini juga menerangkan penghayatan sifat mahmudah dan penghindaran sifat mazmumah yang sangat penting termasuk bagaimana mengelak maksiat anggota lahir. Juga disentuh akhlak dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Akhirnya diterangkan beberapa istilah yang tinggi dalam tasawuf seperti uzlah, khalwat, tahajud, keramat, kasyaf, ilham, martabat tujuh, wali, istidraj, mimpi dan Nur Muhammad. Bagaimanapun buku ini tidak menyelami pen­dekatan tasawuf dan tarekat yang kompleks.

Klik disini untuk Tempahan



Furu' Al-Masa'il

Harga setiap unit (piece): RM75.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Buku : TBBK1157
Kod ISBN : 978-967-5102-88-2
Harga : RM75.00


 Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”



Sempurnakan Solat Tarawih

Harga setiap unit (piece): RM12.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Mohamad Wahid Abdul Hanif
Kod Buku : TBBK1158
Kod ISBN : 978-967-388-003-4
Harga : RM12.00


 Bulan Ramadan adalah bulan kemuliaan yang dinantikan oleh setiap orang yang beriman. Di dalam builan ini, Allah SWT melatih manusia unruk mencapai puncak ketakwaan dengan kewajipan berpuasa. Ia juga merupakan PESTA IBADAT kerana Allah menjanjikan keampunan dan pahala yang berlipat kali ganda, berbeza dengan bulan-bulan selainnya. Pintu neraka ditutup, manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya.
Pada malamnya, disunatkan untuk melakukan solat malam yang dikenali sebagai Solat Tarawih. Buku kecil ini disusun untuk memberi panduan yang jelas bagaimana melaksanakan solat Tarawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat. Disertakan juga panduan bacaan Tahlil dan Takbir Hari Raya. Semoga buku kecil ini mampu memberi manfaat yang besar untuk dikongsi bersama masyarakat.

Klik disini untuk Tempahan



Senjata Mukmin

Harga setiap unit (piece): RM50.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Ustaz Haji Muhidir Haji Tamjis
Kod Buku : TBBK1159
Kod ISBN : 978-967-5102-89-9
Harga : RM50.00



Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam kerana ia menghimpunkan amalan penting dalam kehidupan seharian. Sebagai orang Ajam di Nusantara ini, bahasa Arab bukan menjadi bahasa ibunda kita. Maka teks amalan perlu dibaca dan dibuat rujukan dari masa ke semasa dalam proses menghafal dan dijadikan penghayatan hidup. Antara isi kandungan buku ini ialah seperti

• Doa dalam majlis rasmi.
• Doa amalan harian.
• Fadilat ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.
•Doa daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW.
• Doa selepas solat.
• Amalan rawatan perubatan Islam.
• Himpunan selawat Nabi.
• Zikir pagi dan petang.
• Zikir Munajat.
• Asmaul Husna.
• Teks nazam berzanji dan alunan selawat.
• Surah-surah pilihan dan lain-lain

Klik disini untuk Tempahan



Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah

Harga setiap unit (piece): RM30.00

Penulis : Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman
Kod Buku : TBBK1163
Kod ISBN : 978-967-5102-98-1
Harga : RM30.00


Buku ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku ini bagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam. Gambar rajah, peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.



Sabil al-Muhtadim

Harga setiap unit (piece): RM26.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Datuk Hj. Hashim Yahya
Kod Buku : TBBK1172
Kod ISBN : 978-967-388-005-8
Harga : RM26.00


Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana fadilat dan implikasinya amat besar. Ia juga sebagai kemuncak tanda ubudiah kita kepada Allah Azzawajalla. Kefahaman yang mendalam mengenainya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita kepada Allah.
Ibadat perburuan dan sembelihan pula tidak kurang pentingnya. Dua ibadat ini memainkan peranan penting bagi memastikan status halal dan haramnya sembelihan atau perburuan. Sekiranya penyembelihan dan perburuan tidak mengikuti cara yang betul sebagaimana tuntutan syariat akan menyebabkan haiwan tadi menjadi bangkai.
Bab pemakanan pula menjadi topik penting di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Status halal atau haramnya sesuatu makanan mestilah berdasarkan pengetahuan syariat yang kukuh dan mantap sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama-ulama silam.



Solat Berjemaah

Harga setiap unit (piece): RM26.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Ustaz Mohammad Subki & Ustaz Abdul Rahman Al-Hafiz
Kod Katalog : TBBK 1173
Kod ISBN : 978-967-388-006-5
Harga :RM26.00

Buku ini menjelaskan secara terperinci mengenai solat berjemaah dari sudut hukum serta kaedah pelaksanaan sehinggalah ke hikmah serta fadilat yang bakal diperolehi oleh pelaksananya, menurut mazhab Syafie. Ia diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul dana pembangunan dan dana pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Pembangunan terkini yang sedang dijalankan di maahad tahfiz ialah pembinaan Masjid Imam Syafie yang dianggarkan berjumlah RM6 juta



41 Kelebihan Rasulullah SAW

Harga setiap unit (piece): RM8.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam Al-Sulami
Kod Katalog : TBBK1180
Kod ISBN : 978-967-388-022-5
Harga :RM8.00

“Maklumat dalam risalah kecil ini adalah merupakan pilihan pengarangnya daripada riwayat yang sahih, tidak ada yang boleh diputuskan sebagai daif. Inilah keistimewaan risalah ini berbanding dengan kitab-kitab yang lain”. (Tahqiq Bidayah al-Sul, ms. 12) Kandungan buku ini keseluruhannya menunjukkan kepada ketinggian darjat Rasulullah SAW, maka kita sebagai umatnya wajib menyayangi Baginda dengan mengikut petunjuk dan ajarannya yang sebenar, bukan hanya sekadar mencipta slogan atau cogankata yang ditulis untuk dilaungkan.



                       Page 1,2,3,4,5,6,7,8,9,



Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie

2 comments:

  1. menarik buku2nya.. insyaAllah saya promosikan di blog saya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...