14 May 2011

Stormkids Novel Dan komik

Siri 8 : Ana Manisnya

Harga setiap unit (piece): RM10.90

Penulis : Nur Shamsiah On
Kod Buku : AMBK1117
Kod ISBN : 978-967-5401-02-2
Harga : RM10.90 , CP : 3


Hidup ini penuh dengan kemanisan lebih-lebih lagi dengan adanya madu keimanan. Jika sesuatu musibah menimpa, jangan dikorbankan kemanisan itu. Kelak, tiada satu pun yang tertinggal untuk kita meskipun sepahnya.
Apalah agaknya ibu sedang buat di kampung, ya? Ana merindui ibu dan juga kampung halaman. Ana juga merindui masakan ibu. Ana sungguh seronok semasa dapat mempelajari cara-cara membuat kuih daripada ibu. Tidak sia-sia rupanya Ana belajar membuat kuih dari ibu semasa cuti sekolah yang lepas. Pulut inti yang ibu tunjuk ajarkan hari itu telah Ana laksanakan dengan baik semasa jualan amal tempoh hari. Ibu tentu akan berasa bangga jika melihat kuih pulut inti Ana laris dijual! Ibu , Ana berjanji akan sematkan segala yang telah diajar oleh ibu dalam hati Ana buat selama-lamanya.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Aduhai Si Tempang

Harga setiap unit (piece): RM8.90


Penulis : Norhadani
Kod Buku : AMBK1118
Kod ISBN : 978-967-5401-04-6
Harga : RM8.90 , CP :3

 Kemalangan jalanraya telah menjadikan Zulkarnain tempang dan yatim piatu. Bersama datuk dan neneknya,  Zulkarnain diasuh menjadi seorang budak yang baik dan penyabar meskipun kecacatan itu dijadikan bahan ejekan Bazli dan kawan-kawannya. Kehadiran Nurul Ain telah mendorong Zulkarnain agar terus menguatkan semangatnya. Kebakaran rumah Bazli akhirnya berjaya mengubah persepsi Bazli dan kawan-kawannya terhadap Zulkarnain. Apakah yang telah
                                         Zulkarnain lakukan?
Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Menggapai Bintang

Harga setiap unit (piece): RM8.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Norhadani
Kod Buku : AMBK1119
Kod ISBN : 978-967-5401-05-3
Harga : RM8.90 , CP :3

Anita seorang kanak-kanak yang bijak. Akibat demam panas yang teruk, dan pemergian kakak tersayang, Anita berubah menjadi seorang pelajar yang lembab dan mudah hilang tumpuan . Disebabkan itu, dia sering dimarahi guru dan diejek oleh Salmah dan Wani. Kemunculans eorang guru muda yang mirip seperti arwah kakaknya telah memberi harapan baru kepada Anita. Cikgu Norhayati telah menyuntik semangat baru kepada Anita sehingga dia mampu menerima cabaran daripada Salmah dan Wani. Apakah rahsia yang dimiliki Cikgu Norhayati sehingga dia mampu mengembalikan semangat Anita.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini





Percayalah…Aku Dah Insaf

Harga setiap unit (piece): RM8.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Norhadani
Kod Buku : AMBK1120
Kod ISBN : 978-967-5401-30-5
Harga : RM8.90 , CP :3

Selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia, Pak Nik dan Mak Nik bertanggungjawab menjaga Aiman. Pada awalnya, Aiman merupakan seorang anak yang baik tetapi sejak dia berkawan dengan Ramzi dan kawan-kawannya, watak, perangai dan kelakuannya berubah. Namun, satu peristiwa telah menyebabkan dia berasa kesal dan insaf. Aiman cuba berubah untuk menjadi seoang budak yang baik, malangnya tindakan itu jadi bahan ejekan, tohmahan dan sindiran kawan-kawan termasuklah orang kampungnya sendiri. Apakah Aiman akan kekal tegar dengan keinsafannya? Adakah kehadiran Ramzi berjaya mengugat kekesalannya sehingga dia kembali kepada sikap lamanya?
Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini
 


Rajawali FC - Komik

Harga setiap unit (piece): RM5.90

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Lantzen & Zaiman
Kod Buku : AMBK1122
Kod ISBN : 978-967-5267-37-6
Harga : RM5.90 , CP : 2

 Wira dan kawan-kawan minat dalam sukan bola sepak. Mereka bercita-cita menjadi pemimpin profesional dan disegani ramai suatu hari nanti. Mereka bergabung dan menubuhkan satu pasukan yang diberi nama Rajawali FC dan Abang Adam selaku jurlatih. Mampukah mereka muncul sebagai pasukan yang terhandal, terunggul dan terbaik. Ikutilah cabaran Rajawali FC dalam menggapai misi mereka.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini


Satria Bulan Bintang - Komik

Harga setiap unit (piece): RM5.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Lantzen
Kod Buku : AMBK1123
Kod ISBN : 978-967-5267-39-0
Harga : RM5.90 , CP : 2

 Misi Satria Bulan Bintang membanteras kejahatan. Cerita bermula dengan kehidupan makhluk di bandar Khilaf di planet Khauser. Ketuanya telah menghantar wakilnya ke bumi di kota rafflesia untuk mencari seorang manusia yang boleh diamanahkan untuk menjaga keamanan di bumi.
 Ares, seorang artis bebas telah dipilihuntuk memikul tanggungjawab ini. Ares diberi sebentuk cincin hikmat dan apabila memakainya dia boleh bertukar menjadi atria bulan bintang (Pembawa Misi Keamanan ). Mampukah Ares memikul tanggungjawab tersebut. Ikutilah cerita Satria Bulan Bintang ini untuk mengetahui kesudahannya.


Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Pada Suatu Hari - Komik

Harga setiap unit (piece): RM5.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Ja'a
Kod Buku : AMBK1124
Kod ISBN : 978-967-5267-38-3
Harga : RM5.90 , CP : 2

 PADA SUATU HARI apa yang ada di luar sana? Buku ini menghimpunkan kisah-kisah yang sering dialami oleh seseorang sepanjang kehidupannya. Ada kisah sedih, gembira, lucu, seram dan pelbagai lagi. Sebuah sketsa kehidupan untuk dikongsi bersama.




Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Evolusi Satria Bulan Bintang - Komik

Harga setiap unit (piece): RM5.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Lantzen
Kod Buku : AMBK1126
Kod ISBN : 978-967-5401-34-3
Harga : RM5.90 , CP : 2

 Satria Bulan Bintang adalah seorang manusia yang dipilih dalam kalangan penduduk bumi untuk menjaga keamanan di Kota Rafflesia. Antara ramai-ramai penduduk yang ada , Haris diamanahkan untuk memikul tanggungjawab ini. Misinya cuma satu iaitu membanteras  kejahatan. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh dalam usaha menyelamatkan Kota Rafflesia daripada penjenayah. Musuh-musuh Satria Bulan Bintang adalah makhluk Planet Khauser. Mereka datang untuk membuat huru-hara dan menjadikan bumi ini kucar-kacir. Saksikanlah pertarungan hebat yang berlaku antara Satria Bulan Bintang menentang musuh-musuhnya.


Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Generasi Rajawali FC - Komik

Harga setiap unit (piece): RM5.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Lantzen & Zaiman
Kod Buku : AMBK1127
Kod ISBN : 978-967-5401-35-0
Harga : RM5.90 ,CP : 2

 Pasukan Rajawali FC ditubuhkan oleh Abang Adamyang bertindak selaku jurulatih dan dianggotai oleh Bart, Jr. dan kawan-kawannya. Mereka amat meminati permainan bola sepak dan bercita-cita ingin menjadi pemain bola sepak yang profesianal. Pelbagai aksi dan gelagat terjadi sepanjang latihan pasukan Rajawali FC berlangsung. Mereka diuji oleh semangat setia kawan dalam menjadi satu pasukan yang kuat. Saksikanlah bagaimana mereka menempuhi semua rintangan itu.


Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Bomoh Sakti Rajawali

Harga setiap unit (piece): RM10.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Yaser M. Akhir
Kod Buku : TBBK1146
Kod ISBN : 978-967-5102-77-6
Harga : RM10.00 , CP : 3



Trio Detektif ini ialah siri novel penyiasatan kanak-kanak tentang tiga orang sahabat yang memiliki kepakaran dan kelebihan masing-masing dan sangat berminat untuk menjadi penyiasat iaitu Kasya, Willy dan Dave. Adik-adik akan belajar pelbagai teknik penyiasatan dan mendedahkan kepada adik-adik pelbagai pengetahuan dan maklumat tentang dunia jenayah termasuk:
·         Bagaimana menghindarkan diri daripada terjebak dengan jenayah.
·         Bertindak dengan bijak dan pantas.
·         Cepat membuat keputusan.
Kaedah untuk menyelamatkan diri daripada gagal dalam penyiasatan

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini





Kilang Biskut

Harga setiap unit (piece): RM10.00

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Yaser M. Akhir
Kod Buku : TBBK1147
Kod ISBN : 978-967-5102-78-3
Harga : RM10.00 , CP : 3






Trio Detektif ini ialah siri novel penyiasatan kanak-kanak tentang tiga orang sahabat yang memiliki kepakaran dan kelebihan masing-masing dan sangat berminat untuk menjadi penyiasat iaitu Kasya, Willy dan Dave. Adik-adik akan belajar pelbagai teknik penyiasatan dan mendedahkan kepada adik-adik pelbagai pengetahuan dan maklumat tentang dunia jenayah termasuk:
·         Bagaimana menghindarkan diri daripada terjebak dengan jenayah.
·         Bertindak dengan bijak dan pantas.
·         Cepat membuat keputusan.
Kaedah untuk menyelamatkan diri daripada gagal dalam penyiasatan.
Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Kasih Tiada Noktah

Harga setiap unit (piece): RM12.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Nazzam Nazri
Kod Buku : TBBK1151
Kod ISBN : 978-967-5102-82-0
Harga : RM12.00 , CP : 4





Himpunan cerpen-cerpen daripada penulis baru Nazzam Nazri, yang menampilkan cerita yang ringkas untuk anak-anak dan remaja. Koleksi cerpen ini menampilkan jalan cerita kehidupan. Ikuti asam garam kehidupan yang diceritakan dalam buku koleksi cerpen-cerpen ini.

Tajuk cerpen-cerpen yang menarik di dalam:
                                        • Kenangan Terpalit Kasih Tiada Noktah
                                        • Dulu Lain… Sekarang Dah Lain
                                        • Kerana Baju Itu
                                        • Lumrah Dunia
                                        • Mama… Pesananmu Kujunjung Kasih
                                        • Oh Mama… Oh Papa…
                                        • Pasang Badan
                                        • Penangan Tok Ali
                                        • Kerana Kerjaya Ayahku
                                        • Putus Cinta Boleh Kurus

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini


                               Page 1,2
Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...