06 May 2011

Mengumpat Harus?

"Mana ada aku megumpat,aku cakap betul apa,memang kenyataan"Anda pasti selalu terdengar perbualan seperti ini.Apakah sebenarnya yang dikatakan mengumpat,menceritakan hal yang benar,Benarkah wujud mengumpat yang diharuskan?
 Sebelum kita merungkai persoalan mengumpat yang diharuskan ,ada baiknya kita fahami dahulu apa yang definasi  mengumpat.Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah SAW mengatakan bahawa mengumpat itu adalah suatu kisah benar apabila kita ceritakan pada umum akan menyebabkan tuan empunya diri marah dan kalau cerita itu tak benar maka ianya akan dikira fitnah.

6 Mengumpat Yang Diharuskan

Bagaimana pula keadaannya sekiranya kita terpaksa menceritakan keburukan seseorang demi menyelamatkan seseorang daripada ditipu.Contohnya adik kita nak kahwin,tapi kita tahu lelaki pilihannya itu
sebenarnya jahat dan hanya berpura-pura baik depan adik kita,takkan kita nak biarkan.Sebab itu wujudnya keadaan dimana kita diharuskan mengumpat antaranya:
  1. Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku
  2. Meminta pertolongan/pendapat untuk megubah kemungkaran yang berlaku
  3. Meminta Fatwa dari mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya
  4. Menyelamatkan saudaranya dari kejahatan seseorang
  5. Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu,atau hanya dikenali sebagai tempang,buta dan sebagainya.
  6. Seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan tapi jia ianya dilakukan secara sembunyi-sembunyi maka tak harus menyebut tentang mereka.
Walau bagaimanapun 6 situasi ini hendaklah dikawal dengan kaedah "Al-dararu tuqaddaru bi qadariha"
yang bermaksud setiap perkara  darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja.Ini bermakna tidak menyebut nama seseorang itu lebih baik tapi jika tidak menyebut nama menyebabkan situasi itu sukar diatasi maka bolehlah disebut namanya.


Sumber Rujukan : Majalah Solusi keluaran April 2011


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie untuk keterangan lanjut.

4 comments:

  1. salam ziarah, saya ucapkan selamat berusaha. Teruskan. Nanti bila saya nak beli buku saya akan hubungi saudara, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Sense kerana sudi membaca blog ni.Kalau belum nak beli lagi tak mengapa baca dulu sinopsis2 yang ada.Kalau belum nak beli mungkin rakan2 yang lain ada yang berminat,boleh sebar2kan pada mereka TQ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...