29 April 2011

Stormkids Novel Dan Komik

Akif Jadi Tebusan - Novel Isu 9

Harga setiap unit (piece): RM8.90

Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1014
Kod ISBN : 978-967-5267-40-6
Harga : RM8.90 , CP : 3

 Akif mengikut kawan karibnya, Haris ke Johor Bahru untuk menghabiskan cuti sekolahnya. Semasa keluar bersama-sama Haris dan datuknya, Akif dan Haris telah menjadi mangsa sindiket rompakan bank. Mereka telah dibawa ke hutan tetapi malangnya mereka terpisah. Akif dan Haris melalui pelbagai kesusahan dan kepayahan tetapi akhirnya mereka bertemu semula. 
Meskinpun mereka telah bertemu semula, namun mereka masih lagi tidak dapat melepaskan diri daripada penjahat tersebut meskinpun kedua-duanya sudah melakukan yang terbaik untuk melepaskan diri mereka. Lebih mendukacitakan, Akif dan Haris akan dibawa ke Batam untuk dijadikan buruh. Adakah sindiket tersebut berjaya membawa mereka ke Batam?


Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Sawadee Kap, Akif - Novel Isu 10

Harga setiap unit (piece): RM8.90

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1015
Kod ISBN : 978-967-5267-41-3
Harga : RM8.90 , CP : 3

 Akif dan keluarganya berpeluang ke negara Gajah Putih kerana mengikuti ayahnya bermesyuarat di sana. Sewaktu berada di lapangan terbang Suvarnabhumi, Akif hampir ditimpa kemalangan yag dilakukan oleh seorang remaja. Ketika menginap di hotel, Akif terkejut apabila bertemu dengan remaja yang sama. Bersama Suport, Akif melalui pelbagai pengalaman baru termasuklah dia dan Suport hampir-hampir terperangkap akibat kecuaian mereka sendiri. Bermula dari detik itu, Akif mula mengenali siapa sebenarnya Suport . Lebih memeranjatkan Suport merupakan anak kepada kerabat Diraja Thailand!
Siapakah remaja yang Akif temui di lapangan terbang dan di hotel? Bagaimana Akif boleh bertemu dengan Suport?

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini


Akif Terperangkap - Novel Isu 1

Harga setiap unit (piece): RM8.90

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1016
Kod ISBN : 978-983-3811-32-8
Harga : RM8.90 , CP : 3

 Akif terlibat dengan masalah seorang penjenayah yang juga seorang juruterbang sehingga membawa kepada kehilangannya. Bagaimana Akif membantu penjenayah yang telah insaf tetapi di masa yang sama membantu polis untuk membongkar kegiatan jenayah professional?
Pengalaman ini telah membantu Akif memahami bahawa semua orang mesti bertanggungjawab di atas perbuatan mereka dan wang tidak semestinya membuat seseorang manusia itu lebih dihormati.


Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Kawan Baru Akif - Novel Isu 2

Harga setiap unit (piece): RM8.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1017
Kod ISBN : 978-983-3811-33-5
Harga : RM8.90 , CP : 3

 Akif sekali lagi terheret dalam masalah apabila dia telah disalah culik oleh sekumpulan penjahat. Kejadian itu berlaku setelah bermalam di rumah seorang sahabat yang baru ditemuinya, iaitu Hashim. Hashim membantu menjejaki Akif sementara Akif menggunakan kebijaksanaannya untuk menghantar isyarat meminta pertolongan. 
Melalui Hashim, Akif belajar mensyukuri hidupnya dan meyakini bahawa manusia boleh mengubah nasib mereka jika mereka berusaha
                                         bersungguh-sungguh.


Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Akif Cari Masalah - Novel Isu 3

Harga setiap unit (piece): RM8.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1018
Kod ISBN : 978-983-3811-34-2
Harga : RM8.90 , CP : 3

 Sikap Akif yang memandang rendah kepada adik sepupunya telah membawa mereka berdua terlibat dala masalah yang besar. Masalah mereka berlarutan apabila Hakim, abang sepupu Akif, turut terjebak dalam masalah lain ketika cuba membantu mereka.
Akhirnya, Akif memahami bahawa semua orang mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Akif dan Hakim menyedari sendiri bahawa mereka tidak sepatutnya membuli orang yang  lemah, sebaliknya melindungi mereka.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Akif Hilang Lagi - Novel Isu 4

Harga setiap unit (piece): RM8.90

Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1019
Kod ISBN : 978-983-3811-35-9
Harga : RM8.90 , CP : 3

 Akif menyertai  Kursus Kepimpinan melalui perkhemahan anjuran sekolahnya. Pelbagai masalah menimpa kumpulan Akif apabila ketua mereka bersikap pentingkan diri. Akif kemudian mengambil alih sebagai ketua dan berjaya membawa rakan-rakannya keluar dari hutan dalam keadaan selamat.
Melalui pengalaman ini, Akif banyak mempelajari sikap-sikap yang perlu ada pada seorang pemimpin serta kepentingan mengakui kesalahan sendiri. Akif juga dapat memahami kepentingan memelihara alam semulajadi.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Akif Diugut - Novel Isu 6

Harga setiap unit (piece): RM8.90


Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1020
Kod ISBN : 978-983-3811-64-9
Harga : RM8.90 , CP : 3

 Sikap bebrapa orang rakan Akif yang berlagak pandai dan persaingan yang berlebihan, mencetuskan pertengkaran yang akhirnya membawa kepada pergaduhan di sekolah. Akibatnya, salah seorang daripada mereka cedera dan terperangkap di dalam bilik stor makmal Sains.
Akif dan rakan-rakan yang lain terpaksa berbaik semula dan bersama-sama berusaha untuk menyelamatkan rakan mereka yang tercedera sebelum perkara lebih buruk berlaku.
Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Lari Akif, Lari ! - Novel Isu 8

Harga setiap unit (piece): RM8.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1021
Kod ISBN : 978-983-3811-65-6
Harga : RM8.90 , CP : 3

Ketika bercuti di Pulau Pinang, Akif telah terdengar perbualan sekumpulan pelumba haram yang sedang menjual beli dadah. Akibatnya Akif telah diburu mereka. Bagi mengelakkan keluarganya juga berada dalam bahaya. Akif tidak berani pulang ke hotel. Akifmenggunakan kebijaksanaannya untuk memperdaya penjahat, sekaligus membantu polis melumpuhkan sindiket penjualan dadah dan juga lumba haram.
Daripada pengalaman ini, Akif dapat melihat sendiri akibat ngeri yang disebabkan oleh dadah. Akif juga kini lebih memahami bagaimana sikap mementingkan diri sendiri membawa padah.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Tolong Akif ! - Novel Isu 7

Harga setiap unit (piece): RM8.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1022
Kod ISBN : 978-983-3811-66-3
Harga : RM8.90 , CP : 3

 Akif membantu ibunya yang menjadi sukarelawan dalam Pameran dan Persidangan Keamanan Dunia. Tanpa disedari ada pihak yang ingin mengsabotaj persidangan tersebut. Akibat kecuaian, hotel tempat pekerja sukarelawan serta penjahat tersebut menginap telah dijilat api yang kemudiannya merebak dengan cepat. Akif menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan diri.
Melalui pengalaman ini, Aktif melihat dunia denagn pandangan yang lebih luas. Aktif juga memahami bagaimana sikap tolenrasi boleh membawa begitu banyak
                                         kebaikan dalam kehidupan.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Di mana Akif ? - Novel Isu 5

Harga setiap unit (piece): RM8.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : N.Hadzmy
Kod Buku : AMBK1023
Kod ISBN : 978-983-3811-67-0
Harga : RM8.90, CP : 3

 Akif telah jatuh sakit semasa bercuti di Pulau Pangkor. Ini menyebabkan Akif terpaksa tinggal bersendirian di bilik penginapan keluarganya. Di masa yang sama , kegiatan kecurian sedang berleluasa di kawasan penginapan Akif. Akif telah diculik pencuri dan ditinggalkan di pulau berdekatan.
 Akif sekali lagi menggunakan kebijaksanaanya untuk menyelamatkan dirinya. Sikap prihatin Akif juga akhirnya membawa keinsafan kepada salah seorang penjahat yang telah bersubahat menculik Akif.
Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Misteri Di Seri Villa

Harga setiap unit (piece): RM10.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Nur Shamsiah On
Kod Buku : AMBK1024
Kod ISBN : 978-967-5401-31-2
Harga : RM10.90 , CP : 3

 Bayang - bayang itu mempunyai rambut yang panjang dan mengurai . Tiba - tiba, dengan perlahan, bayang - bayang itu mengetuk dan mencakar kukunya yang panjang di atas cermin tingkap bilik tidur itu! Hati Kia semakin berdebar - debar. Degupan jantungnya mula kencang , sekencang angin yang sedang bertiup di luar. Seram sejuk tubuhnya. Lantas dia mengejutkan adiknya yang sedang tidur. "Mia, Mia," bisik Kia pada adiknya. "Bangun , Mia!"



Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Siri 3 : Tawa Dan Air Mata

Harga setiap unit (piece): RM10.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Norhadani
Kod Buku : AMBK1108
Kod ISBN : 978-967-5267-30-7
Harga : RM10.90 , CP : 3

 Tawa & Air Mata
Walau gembira  mana sekalipun, dalam masa yang sama air mata pasti akan mengalir. Tapi air mata itu menitis bukan kerana sedih. Mungkin juga kerana terharu bila mata hati yang sekeras pepejal batu, akhirnya hancur lebur dek kemaafan yang tulus.
Idah bagaikan tidak terkata apabila mendengar kata-kata Ana. Dia tidak menyangka begitu ikhlas hati seorang insan bernama Ana itu. Lantas dengan
                                         perasaan yang amat bersyukur, Idah sekali lagi memeluk Ana dengan erat
                                         dan  pelukan itu dibalas oleh Ana.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Siri 4 : Tatkala Rindu Bertamu

Harga setiap unit (piece): RM10.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Norhadani
Kod Buku : AMBK1109
Kod ISBN : 978-967-5627-31-4
Harga : RM10.90 , CP : 3

 Tatkala Rindu Bertamu
Hilang di mata tetapi tidak di hati. Walaupun hanya dalam mimpi, tetapi hati ini tidak mampu untuk menangkis rindu yang bertandang. Indah dirasa tetapi batin yang menanggung tidak terkata perinya.  Mahu diusir tetapi apakah dayaku ini terbatas.
Ana anat mengerti akan takdir yang telah menimpa arwah ayahnya. Dia juga sudah mengerti akan perjalanan hidup yang perlu di laluinya tanpa arwah ayahnya disisi. Cuma, kadangkala dia terlalu rindu akan kasih sayang daripada seorang bapa.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Siri 5 : Ceriteraku

Harga setiap unit (piece): RM10.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Nur Shamsiah On
Kod Buku : AMBK1110
Kod ISBN : 978-967-5267-32-1
Harga : RM10.90 , CP : 3

 Ceriteraku
Rasa bahagia itu adalah hadiah kehidupan. Begitu juga dengan kesengsaraan. Tanpa anugerahini, alam bagaikan tiada pawarna. Kanvasku suran dan pudar. Ceriteraku tiada personanya. Lantas Sofia mengambil tangan Ana lalu mengeggamnya erat. "Saya minta maaf, ya Ana," dia berkata dengan penuh keinsafan. "Boleh ke Ana maafkan saya? Masih sudi ke Ana berkawan dengan saya?"
Ana mengukirkan sebuah senyuman yang ikhlas. "Mestilah saya maafkan awak. Bukankah kita dituntut untuk saling bermaaf-maafan?" soal Ana. Kemudian dia terdiam sejenak sebelum menyambung perbualannya. "Tetapi, kenapa awak melakukan semua itu? Awak tidak suka pada saya ke?" Sofia menggelengkan kepalanya.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Siri 6 : Dua-Dua Ok!

Harga setiap unit (piece): RM10.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Nur Shamsiah On
Kod Buku : AMBK1111
Kod ISBN : 978-967-5267-86-4
Harga : RM10.90 , CP : 3 

 Dua-Dua Ok!
"Tengoklah tu, Jun! Kasut pun dah lusuh. Bagaimana nak menang?" kata salah seorang dari murid perempuan itu. Dia ketawa sambil menundingan jarinya kepada kasut sedang dipakai oleh Hashimah. Kebetulan, Hashimah sedang membetulkan ikatan tali kasutnya semasa mereka lalu di situ.
Ketika kedudukan terikat 20-20 (deuce), Hashimah melompat tinggi untuk menyambut pukulan lawan dan tanpa diduga bulu tangkis tersebut jatuh kedalam gelanggang  tanpa dapat disambut oleh kedua lawan mereka. Sekaligus mata terakhir menjadi kepunyaa Ana dan Hashimah.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini




Siri 9 : Bintang Dan Permata

Harga setiap unit (piece): RM10.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Norhadani
Kod Buku : AMBK1112
Kod ISBN : 978-967-5401-06-0
Harga : RM10.90 , CP : 3

 Bintang dan Permata
Kebahagian itu memang dijanjikan dalam hidup tetapi bukan bermakna kita akan sentiasa bahagia sepanjang hayat. Dugaan dan cabaran akan sentiasa merentangisungai kebahagian. Maka teruskan usaha untuk mencari perahu penyelesaian agar anda selamat daripada dihanyutkan oleh arus penyesalan.
Ana meletakkan tangannya di atas bahu Idah. "Kenapa Idah kata macam tu?" soal Ana. "Entah kenapa, Idah rasa macam tak yakin dengan diri Idah, sedangkan sebelum ini, Idah berkobar-kobar untuk menyanyi dan menyertai pertandingan tu," balas Idah tanpa memandang muka Ana. "Apa Idah nak buat Ana? Ana ajar Idah menyanyi boleh tak?" Ana terkejut dengan permintaan Idah itu. Namun begitu, dalam hatinya berasa ingin ketawa dengan permintaan tersebut kerana Ana berasakan dia bukanlah orang yang layak untuk membimbing Idah untuk menyanyi.

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Siri 10 : Debaran Di Hati Ana

Harga setiap unit (piece): RM10.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Nur Shamsiah On
Kod Buku : AMBK1113
Kod ISBN : 978-967-5401-29-9
Harga : RM10.90 , CP : 3

 Debaran Di Hati Ana
Inginku khabarkan. Tatkala nyiur melambai, liuk lentoknya cukup menggamit perasaan. Kicauan burung bagaikan irama wajib kala sang suria menjelma. Semerbaknya kasturi desa. Terpana seketika hati ini diulit momen di lewat musim itu...
Mereka yang berada di situ semua berhenti lalu menoleh ke arah cahaya yang dirumjukkan oleh Ibrahim. Benar apa yang dikatakannya. Dalam dusun yang gelap itu, terdapat cahayakecil yang seakan-akan terapung-apung di udara.
"Kak Ana...Abang Im, malam ni malam Jumaat, kan?" kata Liqman dengan suara yang cemas. "Hantu!" teriak Hafez dengan tiba-tiba. "Lari, ada hantu!"


Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Siri 1 : Hapuskan Air Mata Ana

Harga setiap unit (piece): RM10.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Saridah Hamid
Kod Buku : AMBK1114
Kod ISBN : 978-983-3811-69-4
Harga : RM10.90 , CP : 3

 Hapuskan Air Mata Ana
"Ayah, boleh tak kali ini tolongcarikan Ana udang besar? Ana teringin hendak makan udang. Sudah lama tidak merasa udang. Boleh, ayah?"
Insya-Allah. Pasal anak dara ayah yang seorang ini, ayah sanggup carikan. Lagipun, rasanya sekarang ini musim udang membiak. Mugkin banyak udang di sungai. Doakan ayah senang menangkapnya dengan banyak. Boleh suruh emak masak lemak cili api. Sudah lama kita tidak makan udang."

Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini



Siri 2 : Ana Bagaikan Puteri

Harga setiap unit (piece): RM10.90

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Ezee Rahmani
Kod Buku : AMBK1115
Kod ISBN : 978-983-3811-70-0
Harga : RM10.90 , CP : 3

 Ana Bagaikan Puteri
"Mengapa saya masih berasa belum cukup?" Ana mundar-mandir di dalam bilik peraduannya, lalu dia terdampar di pembaring. Hatinya terasa sebak. Air mata mula menakung di kelopak mata. "Adakah saya akan hidup bersendirian didalam istana indah ini?" Suara itu menjawab dengan jelas, "Ya, bergembiralah di sini. Kamu akan dapat apa sahajayang kamu hajatkan."
"Tetapi...di mana keluarga saya? Kawan-kawan saya? Saya rindukan mereka!" "Bukankah ini yang kamu impikan? Menjadi seorang puteri yang memiliki segala kemewahan dan keindahan. Jauh daripada segala gangguan yang membuatkan kamu letih, penat dan lelah?"


Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini






Siri 7 : Kasih Ana

Harga setiap unit (piece): RM10.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Anies Hisham
Kod Buku : AMBK1116
Kod ISBN : 978-967-5401-01-5
Harga : RM10.90 , CP : 3

 Kasih Ana
Kita lahir hanya dengan satu hati yang terletak jauh di dalam diri. Penghargaan dan pemberian kasih sayang berasal dari sudut hati yang paling dalam. Belajarlah untuk menghargai kasih sayang selagi denyutannya masih berdegup untuk kita.
Tanpa mereka sedari, ada seorang sedang berdiri di sebalik tangga tidak jauh daripada mereka bertiga. Luruh air matanya mendengar kata-kata Ibrahim sebentar tadi. Tidak lama kemudian, Puan Rosmina dan Ilham beredar dari situ. Tinggal Ibrahim keseorangan. Dia menarik nafas kelegaan meskipun hatinya sebentar tadi bagaikan dihempas ke lantai. Haru biru. 
"Im!" satu suara memanggilnya dari belakang. 


Untuk tempahan dan pembelian sila klik disini

                            Page 1,2
 
 
Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie untuk keterangan lanjut.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...