01 April 2011

My Stormkid Portal

Tidak dinafikan penggunaan internet di Malaysia semakin meluas di kalangan kanak-kanak seawal 4 tahun.Ini merupakan satu perkembangan yang positif tapi ianya akan menjadi negatif apabila penggunaan internet oleh kanak-kanak tidak diawasi dan dikawal oleh ibubapa.Sebab di internet kaya dengan info dari dalam dan luar negara,ada yang baik dan ada juga yang tidak baik.Ianya terpulang pada cara mana kita menggunakannya.
Jadi adalah penting untuk mewujudkan satu laman web yang mampu menyampaikan ilmu dengan cara yang menyeronokkan di samping membantu dalam membimbing merreka kearah jati diri seorang muslim sejati.

MyStormKids.com™ merupakan sebuah laman web portal yang diharapkan dapat menjadi satu medium pembelajaran luar kelas berasaskan konsep permainan dalam pembelajaran bercirikan islamik. Antara kandungan menarik yang boleh didapati adalah tatacara hidup sebagai seorang Muslim dalam segmen MyLife serta fakta-fakta menarik dan mengkagumkan dalam segmen Brainfood.

MyStormKids.com™ mempunyai 6 menu utama iaitu:
  1. MyLife
  2. Brainfood
  3. Chillout                         
  4. Gamespot
  5. Buddies
  6. Speakout

Demo My Stormkid Portal



Serta tambahan satu segmen istimewa iaitu Eduzone yang mengkhusus kepada pembelajaran secara formal berpandukan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.




  Keistimewaan Mystormkid.com

MyStormKids.com™ adalah sebuah web portal pendidikan-hiburan (edutainment) yang dibina khusus untuk kanak-kanak Muslim. Sesuai untuk semua kanak-kanak pra-tadika  dan sekolah rendah.  MyStormKids.com™ diperkenalkan bagi mewujudkan sebuah laman web yang  mampu menyampaikan ilmu dengan cara yang menyeronokkan disamping membantu dalam membimbing mereka ke arah pembentukan jati diri seorang Muslim yang sejati.
MyStormKids.com™ juga boleh dianggap sebagai 'facebook untuk kanak-kanak' kerana mereka boleh  berkomunikasi diantara kumpulan mereka, memuat-turun gambar dan banyak lagi yang menarik. Kandungan dan bahan pembelajaran akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
Serta tambahan satu segmen istimewa iaitu Eduzone yang mengkhusus kepada pembelajaran secara formal berpandukan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
MyStormkids.com boleh dilanggan melalui  STORMREADERS NETWORK dengan harga RM300.00 setahun.

Isi kandungan Mystormkids.com

Terbahagi kepada 7 bahagian :

1. My life
 



Menekankan Islam sebagai cara hidup. Ada beberapa panduan khususnya untuk kanak-kanak belajar cara bersolat, cara bertilawah, cara beradab, cara berakidah dan bahasa Arab.








2 . Brainfood


Mengenai fakta-fakta sejarah Islam pada zaman terdahulu. Contohnya Ibnu Khaldun iaitu merupakan seorang tokoh yang memberi sumbangan dalam pemahaman Tamadun.











3. Chillout

Dalam bahagian ini mempunyai panduan tambahan antaranya, aktiviti berdoa, uji pengetahuan(teka-teki), mewarna, bercerita, belajar tulisan khat dan ruangan muat turun (wallpaper).











4. Gamespot

Ruangan permainan untuk  kanak-kanak. Ruangan ‘gamespot’ dapat menguji minda kanak-kanak dengan  bermain. Selain itu, mereka dapat belajar mengira, mengeja, mengetahui   perkataan berlawan dan pelbagai lagi yang menarik.










 5.Buddies

Ini adalah ruangan seperti facebook untuk kanak-kanak iaitu mereka boleh mencari kawan-kawan yang menyertai portal ini. Selain itu, kanak-kanak boleh menghantar surat, e-kad dan pengumuman(berita) kepada rakan mereka.










6.Speakout

Adalah ‘chatting-room’ untuk kanak-kanak. Selain itu, mereka boleh berkongsi maklumat ataupun idea bersama kawan-kawan.












7. Eduzone

Merupakan segmen BONUS yang mengkhususkan kepada pembelajaran secara formal
(termasuk latihan UPSR)  berpandukan kurikulum 
Kementerian Pelajaran Malaysia.






Klik disini untuk tempahan


Demo Stormkids portal http://www.mystormkids.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...