11 April 2011

Ciri-ciri Bomoh mengamalkan Sihir

Kali saya nak bercerita pula pasal ciri-ciri bomoh yang merawat pesakit menggunakan sihir.Terdapat beberapa ciri-ciri bomoh yang mengamalkan sihir dan kalau dilihat sekali imbas mcm bukan sihir.Ini adalah kerana pengamal sihir juga akan membaca ayat Al-Quran terlebih dahulu,istigfar dan sebagainya,mungkin tujuannya untuk mengelirukan pesakit atau mmg syaratnya mcm tu,saya tak berani nak komen.
 
Ciri-cirinya adalah :-

  1. Selalunya bomoh mcm ni suka memberi tangkal sama ada untuk dipakai sebagai pendinding atau ditanam disekitar rumah atau tempat laluan orag ramai dan sebagainya.
  2. Suka menggunakan kemenyan ketika seisi rawatan,umumnya semua orang tahu asap adalah makanan jin dan jin suka bau asap yang busuk.
  3. Kebiasaanya bomoh mcm ni suka membaca ayat Al-Quran secara kuat tapi lepas tu perlahan,dia pun pandai waktu baca mantera diperlahankan suara. 
  4. Minta mcm benda untuk digunakan semasa rawatan,biasanya haiwan ternakan seperti ayam,tumbuhan-tumbuhan seperti pisang dan sebagainya.
  5. Berdasarkan kepada pengalaman saya ,kalau berubat menggunakan sihir,pesakit akan berasa tak tenteram,resah,kadang sampai ke tahap malas melakukan ibadah.(orang lain saya tak tahulah)
  6. Suka bercakap sorang-sorang seolah-olah ada ada makhluk lain yg kita tak nampak.Berhati-hati pada bomoh segera dimana pd mula-mulanya sakit tiba-tiba bila dah baik boleh ubat org ( jadi bomoh ).Biasanya bomoh mcm ni suka guna pengantaraan dgn jin.Pakaian yg dipakai pun selalu berubah-ubah mengikut jin yg meresap ke badannya.

Kalau anda nak lebih lanjut lagi saya syorkan buku yang bertajuk JIN DAN HAKIKAT PENGUBATAN buku ini hasil tulisan Dato'haji Ismail kamus..Buku ini boleh didapati dikedai berhampiran.Sekiranya anda berhasrat membeli buku ini secara online,sila layari http://www.stormreaders.net/syafie

2 comments:

  1. terima kasih..blog ni pun saya dah masukkan dalam bloglist blog saya

    ReplyDelete
  2. tanx share info (^_^)
    (shoutbox tu oke je kat skrin sy..maybe cik syafie punye skrin kecik kot..sy guna laptop..btw tanx ya)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...