18 April 2011

Buku Tokoh Dan Sejarah Islam

Belajar Dari Perang Khaibar

Harga setiap unit (piece): RM16.90

Penulis : Hepi Andi Bastoni
Kod Buku : KPBK1002
Kod ISBN : 978-967-361-007-5
Harga : RM16.90



Pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan oleh Yahudi di Khaibar. Permusuhan antara Yahudi dan Islam seperti tidak ada penghujungnya. Obor peperangan terus dinyalakan dan pada malam yang gelap pekat, berangkatlah Rasulullah bersama 1,600 orang yang rela berjihad di jalan Allah menuju ke Khaibar, sebuah kota yang mempunyai benteng yang kukuh dan bumi yang subur dengan tanaman. Setiap derap kaki para mujahid ini hanya dengan satu tujuan, mahu menakluk bumi Khaibar seterusnya melebarkan sayap Islam ke seluruh penjuru dunia. Strategi Rasulullah sangat luar biasa hebat. Jumlah tentera Yahudi lebih ramai dari tentera Islam, dan Perang Khaibar merupakan perang yang berlaku di ‘kampung’ mereka sendiri. Dengan benteng pertahanan Yahudi yang sangat kukuh berserta kelengkapan perang yang mantap berjayakah Rasulullah menaklukkan Khaibar? Untuk mendapat jawapan kepada persoalan ini marilah sama-sama kita hayati siri belajar dari Perang Khaibar ini. Bersama-sama kita menyorot kembali sirah Rasulullah yang gemilang ini.
Sepintas lalu, terdapat banyak pelajaran yang dapat diambil dari perang Khaibar ini.
Antaranya ialah:
  • Timbul larangan Rasulullah memakan daging haiwan peliharaan.
  • Pada perang ini juga nikah mut’ah mulai diharamkan.
  • Rasulullah melarang kaum Muslimin untuk mengambil harta rampasan perang sebelum diserahkan pada baginda dan dibahagi secara adil.
  • Menghargai kaum wanita. Seramai 20 orang wanita berhati waja telah menyertai peperangan ini.
  • Kebijaksanaan Rasulullah merebut peluang dalam peperangan Khaibar.

Klik disini untuk membuat tempahan




Belajar Dari Perang Badar

Harga setiap unit (piece): RM17.00

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Hepi Andi Bastoni
Kod Buku : KPBK1003
Kod ISBN : 978-967-361-001-3
Harga : RM17.00




Umumnya, ketika pasukan perang kembali membawa kemenangan, mereka disambut aneka sanjungan. Pelbagai penghargaan dikalungkan dileher mereka. Sungguh berbeza dengan komentar ilahiyah yang turun pasca Perang Badar. Beberapa ayat yang turun justeru tidak banyak memberikan pujian, tapi sarat dengan kritikan dan saranan bernas.
Di sinilah Allah ingin memberikan pengajaran berharga bagi kaum Muslim. Bahawa, orang yang menang tidak wajar selalu mendapat sanjungan, dan orang yang kalah tidak mestinya dikritik habis-habisan. Ini kerana, sanjungan kerap membuat orang lupa diri, kritikan terkadang membuat orang patah semangat.
Surah al-Anfal merupakan ‘komentar Ilahi’ terhadap Perang Badar. Medan Badar memberikan begitu banyak pengajaran. Bukan hanya bagi Rasulullah SAW dan para sahabat yang hidup pada masa itu, tetapi juga bagi kita masa kini. Pengajaran paling berharga itu adalah: Jangan sampai kemenangan menjadi awal kehancuran lantaran kita lupa daratan.





Belajar Dari Perang Khandaq

Harga setiap unit (piece): RM18.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Hepi Andi Bastoni
Kod Buku : KPBK1004
Kod ISBN : 978-967-5515-10-1
Harga : RM18.00




Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya. Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.
Demikianlah gambaran ancaman yang menghimpit kaum Muslimin semasa Perang Khandaq. Perang ini berkait rapat dengan serangkai peristiwa yang terjadi sebelumnya. Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Selain ketegasan, keberanian dan kecanggihan strategi Nabi Muhammad SAW, juga menjelaskan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berhenti merencanakan kejahatan untuk menghapuskan kaum Muslimin. Di sudut lain, kita dapat melihat ketegasan Rasulullah SAW mengalahkan para pengkhianat dan penentang itu.
Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?
  • Bantuan Allah dalam perang Khandaq
  • Peranan munafik dalam perang Khandaq
  • Keadaan kaum Muslimin dalam perang Khandaq
  • Penggunaan strategi perang yang membawa kepada kemenangan
  • Heroisme dalam perang Khandaq

Klik disini untuk membuat tempahan





Belajar Dari Perang Uhud

Harga setiap unit (piece): RM16.00

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Hepi Andi Bastoni
Kod Buku : KPBK1005
Kod ISBN : 978-983-44746-6-9
Harga : RM16.00




Keluh kesah dan sesalan di atas kekalahan tidak memberi apa-apa manfaat. Paling penting, strategi teratur bagi menghadapi kekalahan.
Kekalahan. Itulah kalimat yang tepat untuk menggambarkan keadaan umat Islam ketika ini. Nyaris di setiap sudut bumi, umat Islam ditindas. Walaupun tidak boleh disamakan dengan setara, tetapi situasi ini persis keadaan umat Islam pasca perang Uhud. Lantaran itu, perang Uhud adalah perang yang paling mengesankan berbanding siri-siri peperangan yang disertai Rasulullah SAW. Peperangan Uhud bukan sekadar meninggalkan kenangan getir yang pahit, bahkan penyesalan yang menyentak rasa.
Keluh kesah dan sesalan di atas kekalahan tidak memberi apa-apa manfaat. Paling penting, strategi teratur bagi menghadapi kekalahan. Allah SWT punya cara tersendiri mengajarkan hamba-Nya bagaimana menangani kekalahan. Maka, berbicaralah Allah SWT dalam surah Ali Imran dari ayat 121 hingga 179. Apakah rahsia dan strategi menghadapi kekalahan? Dapatkan jawapan dan hikmahnya dalam naskhah ini. Bagi pembaca yang ingin mengetahui kisah tercetusnya perang Uhud, buku ini memamparkan secara rinci sirah peperangan ini.

Klik disini untuk membuat tempahan



8 Tokoh Wanita Pencetus Turunnya Wahyu

Harga setiap unit (piece): RM25.00

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Dr. Abd Rahman Umayrah
Kod Buku : MRBK1001
Kod ISBN : 978-967-5426-20-9
Harga : RM25.00


 8 TOKOH WANITA PENCETUS TURUNNYA WAHYU’ yang dipaparkan dalam siri ini ialah ikon atau srikandi umat Islam. Sejarah hidup dan peribadi mereka menjadi ikutan umat Islam hingga akhir zaman. Peribadi ulung yang tiada bandingan ini menjadi pencetus dunia dan kehidupan Islam sejagat.
Pada ketika ini, jika manusia seantero dunia berkiblatkan Barat, siri ini diterbitkan untuk memberi contoh teladan yang boleh dijadikan alternatif ikutan umat Islam. Apakah keistimewaan dan kelebihan 8 TOKOH yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT ini?
  • Mereka ialah orang yang paling hampir dengan Rasulullah SAW.
  • Mempunyai budi pekerti dan amat lemah lembut hingga dihormati kawan dan lawan.
  • Kekuatan mental dan fizikal yang luar biasa.
  • Kehidupan mereka sentiasa dalam bimbingan dan hidayah Allah SWT.

Klik disini untuk membuat tempahan





12 Tokoh Pengubah Dunia

Harga setiap unit (piece): RM19.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Khalid Haddad
Kod Buku : MRBK1002
Kod ISBN : 978-967-5426-23-0
Harga : RM19.90


Kejayaan Islam tidak lepas dari kecemerlangan pemikiran para intelektual Muslim. Pemikiran yang menembus batas waktu dan memiliki daya luar biasa terhadap perubahan dunia, tidak hanya bermanfaat bagi dunia Islam sahaja, akan tetapi bagi seluruh umat manusia.
Hasil karya mereka adalah bukti bahawa Islam jika diimplementasikan dengan segenap jiwa dan sepenuh hati, akan menjadikannya rahmatan lil ‘alamin. Mereka para tokoh yang mengubah dunia ini hidupnya berkat kerana mewariskan manfaat yang akan membuat kehidupan umat manusia menjadi lebih baik dalam berbagai-bagai sisi kehidupan, baik dalam bidang kedoktoran, sosial, sains, fizik, astronomi dan sebagainya.
DUA BELAS TOKOH PENGUBAH DUNIA iaitu IBNU SINA, JABIR BIN HAYYAN, AL-KINDI, IBNU KHALDUN, ABU RAIHAN AL-BIRUNI, MUHAMMAD JARIR AT-THABARI, ABU BAKAR AR-RAZI, AL-HASAN BIN HAITSAM, IBNU NAFIS, SARIF AL-IDRISI, AL-FARABI dan MUHAMMAD BIN MUSA AL-KHAWARIZMI telah menggoreskan Islam dengan tinta emas dan tercatat dalam sejarah. Kita menyedari, menghargai, bangga, terinspirasi dengan kekayaan dan kecemerlangan para intelektual Muslim yang tidak berhenti memikir dan menghasilkan karya yang mampu mengubah dunia.


Klik disini untuk membuat tempahan





Mencari Islam Di China

Harga setiap unit (piece): RM23.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : ANN WAN SENG
Kod Buku : MRBK1016
Kod ISBN : 978-967-5426-30-8
Harga : RM 23.00


Negara China sering kali di kagumi sebagai sebuah Negara yang kaya dengan tradisi tamadun dan peradaban yang tinggi. ¬Negara itu mempunyai sejarah yang cukup panjang dan gemilang. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut juga memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang penting di sebalik kejayaan dan pencapaian China sebagai sebuah empayar yang dihormati dan digeruni selama berabad-abad lamanya. Kehadiran Islam di China dikesan sejak abad ke 7 lagi dengan kehadiran beberapa orang sahabat Nabi yang diutus untuk menyampaikan risalah Islam ke Negara yang terkenal dengan tembok besarnya. Malahan sebelum kedatangan Islam, penduduk China sudah pun menjalinkan hubungan yang cukup rapat dengan para pedagang Arab
.
Hasil dan kesan daripada hubungan itu masih dapat dilihat sehingga ke hari ini dengan kemunculan pelbagai kumpulan etnik yang unik dan memiliki hubungan darah dengan kelompok bangsa dari Negara lain. Begitu juga dengan tinggalan dan warisan Islam masih dipertahankan oleh penduduk Islam di China. Selain daripada cara hidup yang berlandaskan kepada al-Quran dan sunah, bukti kegemilangan Islam di China dimanifestasikan melalui berbagai-bagai monumen seperti masjid, makam para sahabat dan ulama, madrasah serta berbagai-bagai lagi ciptaan sama ada dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, penulisan, sejarah dan sebagainya.
Buku ini bukan sekadar berusaha untuk menjejaki semula tapak-tapak Islam di China tetapi juga memberikan gambaran kepada kita semua tentang potensi yang ada pada Negara itu untuk menjadi medan dan wasilah kepada kebangkitan semula Islam pada akhir zaman. Pencarian Islam di China adalah sejajar dengan sebuah hadis nabi yang bermaksud bahawa Islam akan bangkit semula dari arah sebelah Timur.

Klik disini untuk membuat tempahan





Menangani Individu Sukar

Harga setiap unit (piece): RM24.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : NORDIN JAAFAR
Kod Buku : MRBK1018
Kod ISBN : 978-983-43575-59-7
Harga : RM 24.90


Adakah kita merupakan individu sukar? Atau mungkin hampir menjadi individu sukar? Atau orang yang di sekeliling kita adalah individu sukar yang mampu untuk mengheret kita bersama jemaah mereka? Perbincangan di dalam buku ini berkisar mengenai individu sukar bukanlah untuk kita fikirkan buat orang lain, tetapi yang paling penting adalah tertuju kepada diri kita sendiri. Selama ini mungkin kita menganggap orang lain di sekeliling kita adalah individu sukar. Padahal orang lain juga melihat kita sebagai individu sukar buat mereka. Buku ini mensajikan teknik-teknik berkesan menghadapi individu sukar yang diekstrak dari sejarah kehidupan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Kepada pembaca mari bersama-sama kita mengembara ke zaman Nabi Musa a.s dan Fir'aun laknatullahi'alaihi. Pastinya kita tidak akan menjadi individu sukar!! InsyaAllah

Klik disini untuk membuat tempahan




Khalid Abnu Walid

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini


Penulis : Dhika Kameswara 
Kod Katalog: TBTS1001
Kod ISBN : 978-967-5487-00-2
HARGA:  RM20.00



Maka dengan rendah hati Khalid berkata: "Tidak... tidak usah aku yang memegang panji... andalah yang berhak memegangnya, anda lebih tua, dan telah menyertai perang Badar!"
Tsabit menjawab pula: "Ambilah, sebab anda lebih tahu muslihat perang dari aku, dan demi Allah aku tak akan mengambilnya, kecuali untuk diserahkan kepada anda!" Kemudian ia berseru kepada seluruh anggota pasukan Islam: "Bersedialah kamu dibawah pimpinan Khalid bin Walid...!?

Klik disini untuk membuat tempahan





Abdullah Abnu Mas'ud

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Rusmin Arie
 Kod Katalog: TBTS1002
 Kod ISBN : 978-967-5487-01-9
HARGA:  RM20.00


 

Ketika saya masih remaja, mengembala kambing kepunyaan "Uqbah bin Mu'aith. Tiba-tiba datang Rasulullah SAW bersama Sayidina Abu Bakar, dan bertanya: Wahai anak muda mungkin kau ada air susu untuk kami minum?". "Aku orang kepercayaan" ujarku. "Dan tak dapat memberi anda berdua minuman...!"
Maka Sabda Rasulullah SAW: "Tapi mungkin ada antara kambingmu yang betina mandul serta belum pernah dikahwini oleh yang jantan?" "Ada", ujarku.............

Klik disini untuk membuat tempahan




Abu Sufian

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini


Penulis : Ahmad Syamsuri
Kod Katalog: TBTS1003
Kod ISBN : 978-967-5487-02-6
HARGA:  RM20.00

Kami berhadapan dengan orang-orang serba putih menunggang kuda hitam belang putih, menyerbu dari antara langit dan bumi, tidak serupa dengan sesuatu pun dan tidak terhalang oleh sesuatu pun...!"
Yang dimaksudkan Abu Sufyan dengan mereka ini ialah para malaikat yang ikut bertempur di samping kaum Muslimin.
Menjadi suatu pertanyaan bagi kita, kenapa ia tidak beriman ketika itu, padahal ia telah menyaksikan apa yang telah disaksikannya?......

Klik disini untuk membuat tempahan



 

Kisah Para Nabi & Rasul (Siri 1)

Harga setiap unit (piece): RM25.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : As-Sayyid Abul Hasan An-Nadawi
Kos Buku : KPBK1026
Kod ISBN : 978-967-10322-0-6
Harga : RM25.00

Buku “Kisah Para Nabi & Rasul Untuk Kanak-kanak” ini, walaupun kecil bentuknya,merupakan karya besar di samping karya-karya Abul Hasan dan saudara-saudaranya yang mulia dalam bidang dakwah Islam. Bukan hanya orang dewasa yang harus menjadi sasaran dakwah Islam dalam bentuknya yang murni, bahkan jiwa kanak-kanak juga memerlukan santapan rohani seperti ini supaya mereka menjadi dewasa dengan rasa iman yang tertanam dalam hati mereka, cahaya iman yang menerangi hati mereka dan keceriaan iman yang memancar dalam jiwa mereka. Bahan daripada cerita merupakan unsur pertama yang sangat disukai oleh kanak-kanak.
Walaupun buku ini ditulis untuk kanak-kanak, tentu ramai orang dewasa juga perlu membacanya kerana secara umum, masih banyak umat Islam yang tidak mengetahui kisah-kisah yang terkandung dalam Al-Quran.
Semoga Allah membalas kebaikan Sayyid Abul Hasan dan memberinya taufiq. Semoga buku ini dapat membimbing para pemuda ke arah kehidupan yang lebih baik. Akhirnya kepada Allahlah kita bertawakal.



 

Kisah Para Nabi & Rasul (Siri 2)

Harga setiap unit (piece): RM49.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : As-Sayyid Abul Hasan An-Nadawi
Kos Buku : KPBK1027
Kod ISBN : 978-967-10322-1-3
Harga : RM49.00

Buku “Kisah Para Nabi & Rasul Untuk Kanak-kanak” ini, walaupun kecil bentuknya,merupakan karya besar di samping karya-karya Abul Hasan dan saudara-saudaranya yang mulia dalam bidang dakwah Islam. Bukan hanya orang dewasa yang harus menjadi sasaran dakwah Islam dalam bentuknya yang murni, bahkan jiwa kanak-kanak juga memerlukan santapan rohani seperti ini supaya mereka menjadi dewasa dengan rasa iman yang tertanam dalam hati mereka, cahaya iman yang menerangi hati mereka dan keceriaan iman yang memancar dalam jiwa mereka. Bahan daripada cerita merupakan unsur pertama yang sangat disukai oleh kanak-kanak.
Walaupun buku ini ditulis untuk kanak-kanak, tentu ramai orang dewasa juga perlu membacanya kerana secara umum, masih banyak umat Islam yang tidak mengetahui kisah-kisah yang terkandung dalam Al-Quran.
Semoga Allah membalas kebaikan Sayyid Abul Hasan dan memberinya taufiq. Semoga buku ini dapat membimbing para pemuda ke arah kehidupan yang lebih baik. Akhirnya kepada Allahlah kita bertawakal

Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah SAW

Harga setiap unit (piece): RM45.00




Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog : TBBK1139
Kod ISBN : 978-967-5102-71-4
Harga : RM45.00



Kisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu -

Buku 1 - HAIWAN DI MAKKAH • Gajah Raja Abrahah • Keldai Halimatus Saadiah • Unta Jelmaan • Buraq Israk Mikraj • Ketua Ular Makkah

Buku 2  - HAIWAN DI MADINAH • Merpati Gua Thur • Kuda Surakah • Kambing Betina Mukjizat Nabi • Unta Betina Tunggangan Rasulullah • Kambing Biri-biri Beracun

Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar.

Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah

Klik disini untuk membuat tempahan

Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW

Harga setiap unit (piece): RM69.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Maulana Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi
Kod Produk : KPBK1028
Kod ISBN : 978-967-10322-4-4
Harga : RM69.00 


Buku “Kehidupan Muhammad A-Z” ini, walaupun kecil bentuknya, merupakan karya besar di samping karya-karya Abul Hasan dan saudarasaudaranya yang mulia dalam bidang dakwah Islam. Bukan hanya orang dewasa yang harus menjadi sasaran dakwah Islam dalam bentuknya yang murni, bahkan jiwa kanak-kanak juga memerlukan santapan rohani seperti ini supaya mereka menjadi dewasa dengan rasa iman yang tertanam dalam hati mereka, cahaya iman yang menerangi hati mereka dan keceriaan iman yang memancar dalam jiwa mereka. Bahan daripada cerita merupakan unsur pertama yang sangat disukai oleh kanak-kanak.
Walaupun buku ini ditulis untuk kanak-kanak, saya yakin ramai orang dewasa perlu membacanya kerana secara umum, masih banyak umat Islam yang tidak mengetahui kisah-kisah yang terkandung dalam Al-Quran.



Pahlawan Islam Kontemporari

Harga setiap unit (piece): RM15.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Atriza Umar
Kod Buku : KPBK1013
Kod ISBN : 978-967-5515-03-3
Harga : RM15.00

Ini adalah darihal para syuhada’. Kisah mereka yang handal disisinya ada keajaiban. Mereka bukannya watak rekaan dan bukan juga watak dongeng fiksyen yang hanya menjadi penenang anak-anak tidur. Mereka adalah pejuang yang dijadikan contoh terbaik melawan kemunafikan dan kekufuran nyata. Menjulang syahadat dan persaksian diri mereka sebagai seorang muslim.
Buku yang berada di tangan anda ini memaparkan potret orang-orang yang berjuang sepenuh jiwa raganya dalam usaha menegakkan dan membela agama Allah. Dalam buku ini juga penulis menyajikan gambaran nyata tentang kesungguhan para sosok merealisasikan amalan Islam yang teragung yang disebut dengan jihad.




Peristiwa Bersejarah Ramadan

Harga setiap unit (piece): RM18.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Zamri Zainal Abidin Imran Azmi
Kod Produk : PTSB1081
Kod ISBN : 978-967-366-024-7 
Harga : RM18.00

Umumnya apabila tiba bulan Ramadan, sebahagian umat Islam yang berpuasa lebih banyak berehat dan melakukan aktiviti ringan. Hakikatnya, dalam sejarah bulan Ramadan, banyak peristiwa yang menuntut keringat dalam memenangi perang besar dan banyak juga sejarah umat Islam banyak mencipta kemenangan dan kejayaan besar dalam bulan Ramadan. Lebih menarik apabila majoriti kemenangan berlaku hampir dengan kejadian berlakunya malam Lailatul Qadar. Peristiwa bersejarah Ramadan menghimpun kejadian-kejadian besar yang berlaku dalam bulan Ramadan. Turut dimuatkan tarikh penting, gambar, peta dan ilustrasi bagi membantu pemahaman pembaca.




Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama

Harga setiap unit (piece): RM26.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Mohd Solleh Abdul Razak
Kod Katalog : TBBK 1166
Kod ISBN : 978-967-388-004-1
Harga :RM26.00

Buku ini menggarap peranan ulama dalam mengembalikan kegemilangan untuk menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini seperti peranan yang pernah dimainkan oleh golongan ulama pada era kegemilangan Islam. Ulama silam memiliki keilmuan akhirat yang mantap yang “diwarisi” turun temurun dan pada masa yang sama memiliki kejaguhan dalam menguasai ilmu keduniaan yang bermanfaat untuk mentadbir muka bumi ini. Hari ini para ulama harus keluar daripada kepompong pemikiran dan kelompok mereka untuk bergelanggang di tengah masyarakat secara global dan universal. Mereka harus dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa. Mereka harus berfikir di luar kotak pemikiran semasa mereka. Ulama juga perlu memperkasa pegangan umat terhadap akidah dan nilai-nilai budaya Islam. Mereka hendaklah bersikap proaktif untuk mengukuhkan budaya murni dalam lapangan politik, ekonomi, teknologi, informasi dan lain-lain demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup di dalam dan luar negara.




Nabi Khidir Disebalik Tabir Laduni 

Harga setiap unit (piece): RM23.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Harun ArRashid Hj.Tuskan
Kod Katalog : TBBK1178
Kod ISBN : 978-967-388-025-6
Harga :RM 23.00 



Kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s. diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi , ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam pengembaraan tersebut Nabi Mu
 A.S. mendapati tindakan-tindakan Nabi Khidir a.s. menyalahi syariat sebagaimana yang diturunkan Allah kepadanya. Justeru bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh Nabi Musa a.s. terhadap Nabi Khidir a.s., maka Nabi Khidir a.s. memutuskan untuk mengakhiri pertemuan mereka setelah baginda menceritakan segala yang tersirat di sebalik tindakan-tindakannya itu. Ironinya, kisah pertemuan ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir a.s. Malah golongan ini mendakwa agama yang diturunkan Allah ini terbahagi kepada zahir dan batin. Implikasinya, para wali dianggap tidak terikat kepada syariat Allah dan boleh melakukan apa jua tindakan yang zahirnya dilihat menyalahi syariat namun hakikatnya betul.


 
Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie  untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...