24 April 2011

Buku Novel Islamik

Dingin Salju Indiana

Harga setiap unit (piece): RM19.50
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Nurulsham Saidin
Kod Buku : GB0067
Kod ISBN : 978-983-097-245-9
Harga : RM19.50 , CP : 6

 Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian , cabaran yang menggugat persahabatan dan keimanan. Murni menyentak rasa dengan sikap egonya. Malah , segalanya tentang Murni mencemaskan. Jannah yang tegas, pernah mengaku kalah di tengah jalan , namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan.



Perindu Pelangi

Harga setiap unit (piece): RM19.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Siti Munirah A. Rashid
Kod Buku : GB0069
Kod ISBN : 978-983-097-246-6
Harga : RM19.00 , CP : 6

 Akil masih terlalu mentah untuk menanggung musibah sebegitu berat. Mujurlah ada tangan yang bersimpati, lalu dia dibawa pergi. Belasan tahun dia hidup ceria di Guangzhou, China. Namun segalanya berubah selepas perkenalan dengan Isador, konflik dengan Ho Man, kemelut hubungannya dengan Xiao Wei dan peristiwa tragik sewaktu kepulangan singkatnya ke Malaysia.





Stanza Cinta

Harga setiap unit (piece): RM19.50
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Nurull Halawati
Kod Buku : GB0070
Kod ISBN : 978-983-097-244-2
Harga : RM19.50, CP : 6

 Amni Sorfina perlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan yang perlu dibimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia korbankan cintanya demi menunaikan sekeping janji? Apakah ini juga bermakna dia harus lepaskan sesuatu yang paling diingininya?






Sinergi

Harga setiap unit (piece): RM23.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Hilal Asyraf
Kod Buku : GB0076
Kod ISBN : 978-983097-250-3
Harga : RM23.00 , CP : 7

 Ukhuwah dua sahabat, Asid dan Irfan yang belajar di Universiti Yarmouk, Jordan memberi kesan kepada pelajar lain. Konflik mula timbul apabila mereka sama-sama jatuh cinta kepada Sara. Asid cuba beralah tapi terasa sukar. Lalu ukhuwahmereka terganggu. Ditambah kerenah Kumpulan Disaster Five. Tambah rumit apabila Irfan terjebak dalam perangkap Secret.






Cinta Dan Rona Kinanah

Harga setiap unit (piece): RM19.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : 15 Penulis Rakyat Malaysia
Kod Buku : HRPB1004
Kod ISBN : Harga : RM19.90


Himpunan 15 Penulis
Pelajar Malaysia dari Timur Tengah
"Karya mereka rata-ratanya intim dengan isu semasa dan antarabangsa, berlatarkan dalam dan luar negara, ketara terpelihara moralnya, sarat dengan dakwah menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan pastinya berdenyut selari dengan nafas Islami. Antologi cerpen dan puisi ini adalah bukti kebangkitan para penulis berpendidikan Timur Tengah."

Sila klik disini untuk membuat pembelian
Sumber Rujukan

: http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/2008/12/himpunan-15-penulis-pelajar-malaysia.html








La Tahzan Kerana Cinta

Harga setiap unit (piece): RM19.90

Penulis : Najla Mahfuzh
Kod Buku : MRBK1007
Kod ISBN : 978-967-5426-13-1
Harga : RM19.90, CP : 6

Cinta bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...
Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.
  • Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...
  • Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.
  • Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan.
Sila klik disini untuk membuat pembelian







La Tahzan Kerana Jodoh

Harga setiap unit (piece): RM18.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Najla Mahfuzh
Kod Buku : MRBK1008
Kod ISBN : 978-967-5426-14-8
Harga : RM18.00, CP : 6

“Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dan lebih besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga lebih banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki”
Setiap wanita mengimpikan sebuah perkahwinan bahagia yang diselubungi perasaan cinta hingga ke akhir hayat. Dalam usaha mencari cinta sejati, berbagai-bagai halangan yang perlu dilalui dan yang pastinya halangan-halangan itu sedikit sebanyak akan membuatkan kita sedih dan patah semangat untuk meneruskan keinginan dalam mencari cinta sejati.
Buku ini menyelitkan rentetan-rentetan cerita dan pengalaman anak-anak gadis yang menghadapi masalah dalam mencari pasangan hidup. Kita harus ingat, tidak semestinya sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan kebahagiaan, sebenarnya masih terlalu banyak seumber kebahagiaan yang masih belum kita terokai. Di sini penulis, cuba menyelesaikan masalah mereka dengan member nasihat dan cadangan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.
Jadi bersabarlah dan jangan terlalu sedih.

Sila klik disini untuk membuat pembelian




La Tahzan Gadisku

Harga setiap unit (piece): RM18.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Najla Mahfuzh
Kod Buku : MRBK1009
Kod ISBN : 978-967-5426-15-5
Harga : RM18.00, CP : 6

 LA TAHZAN GADISKUApakah yang paling ditakuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.
                               “ macam mana dengan masa depan saya nanti?”
                               “ Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?”
Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita? Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktibar serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, InsyaAllah masa depan mereka pasti cerah.




Cinta Adam dan Hawa

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : NORMALA KARI
Kod Buku : MRBK1017
Kod ISBN : 978-983-44519-2-9
Harga : RM 20.00 , CP : 6

CINTA ADAM DAN HAWA merupakan himpunan beberapa kisah cinta yang diadaptasi dari al-Quran. Bermula dengan kisah Ashabul Kahfi, Nabi Musa dan Qarun, Thalut dan Jalut, Adam dan Hawa serta Yusuf dan Zulaikha yang memaparkan kesungguhan, pengorbanan, kasih sayang dan penyesalan untuk kita mengambil iktibar dari cerita yang dipersembahkan. Penuh dengan pengajaran, tauladan dan pedoman yang boleh diambil dan dihayati untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Didatangkan dalam bentuk cerita dan sajak menjadikan buku ini amat menarik, ringkas dan padat untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan seisi keluarga terutama pelajar sekolah dan remaja.
NORMALA KARI merupakan seorang guru pendidikan Islam sejak 1998 hingga sekarang di Sek Keb LimPoon (1) Batu Pahat, Johor. Berasal dari Setiu, Terengganu. Mendapat pendidikan menengah di Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin (ting 6) sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dalam Pengajian Islam di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh Perak (1995-1997)
Selain bertugas sebagai guru, beliau aktif dalam pelbagai pertandingan termasuk pertandingan mencipta slogan, tilawah al-quran, berzanji, hafazan dan juga terlibat secara langsung dalam melatih dan menyediakan teks kisah-kisah dari al-Quran dan sajak. Sering muncul sebagai johan dalam kategori yang disertai sama ada di peringkat daerah dan negeri. Bermula dari tahun 1998 hingga 2000, Sek Keb LimPoon(1) telah mencipta rekod apabila tidak pernah tewas dalam setiap pertandingan bercerita (kisah nabi) dari al-Quran di peringkat zon bagi kategori lelaki dan perempuan. Buku ini adalah hasil tulisan beliau yang terawal.






 

Abu Ubaidah : Penakluk Parsi

Harga setiap unit (piece): RM27.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Buku : PTSB1003
Kod ISBN : 978-967-5136-21-4
Harga : RM 27.90, CP : 9 

 Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Beliau lahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.
Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.
Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, Abu Ubaidah al-Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Dalam Perang Badar,  Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah SAW. Tetapi ayahnya bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud,
“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.” 
Semasa berlakunya Perang Uhud, Rasulullah SAW terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah SAW memberinya gelaran 'Gagah dan Jujur'.

Sila klik disini untuk membuat pembelian



Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur

Harga setiap unit (piece): RM24.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1009
Kod ISBN : 978-983-3892-41-9
Harga : RM24.00, CP : 8

 Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah. Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk 
                                      Mesir.





Ikramah: Penentang Jadi Pembela

Harga setiap unit (piece): RM22.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Abdul Latip Talip
Kod Buku : PTSB1010
Kod ISBN : 978-983-192-068-8
Harga : RM 22.90, CP : 7

 Novel Ikramah-Penentang Jadi Pembela menceritakan kisah Ikramah, anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Dia bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut menyertai peperangan menentang Nabi Muhammad. Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman. Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.


Sila klik disini untuk membuat pembelian





Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran

Harga setiap unit (piece): RM24.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1011
Kod ISBN : 978-983-3892-77-8
Harga : RM24.00, CP :  8

 Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.
Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.”
Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.
Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan.
Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.

Sila klik disini untuk membuat pembelian



Imam Maliki: Pengarang Kebenaran

Harga setiap unit (piece): RM24.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1012
Kod ISBN : 978-983-3892-79-2
Harga : RM24.00, CP : 8

 Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/ 712 M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya.
 
Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiul Awal tahun 179 hijrah ketika berusia 86 tahun.





Imam Syafie: Pejuang Kebenaran

Harga setiap unit (piece): RM24.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1013
Kod ISBN : 978-983-3892-51-8
Harga : RM24.00, CP : 8

 Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak. 
Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat. 
Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

Sila klik disini untuk membuat pembelian





Khalid: Memburu Syahid

Harga setiap unit (piece): RM32.90

Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1014
Kod ISBN : 978-983-192-056-5
Harga : RM32.90, CP :  11

 Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah.




Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem

Harga setiap unit (piece): RM26.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Abdul Latip bin Talib
Kod Buku : PTSB1022
Kod ISBN : 978-983-192-045-9
Harga : RM26.90, CP :  9

 Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

Sila klik disini untuk membuat pembelian



Tok Janggut

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Buku : PTSB1024
Kod ISBN : 978-983-3892-86-0
Harga : RM20.00, CP : 6

 Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun. Setahun sebelum itu, pada tahun 1909, berlakunya perjanjian Inggeris-Siam yang menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris, manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah kuasa Siam. Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatah lagi apabila Inggeris membuat perubahan yang bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam. Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai, akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.


      
               
Page 1 2
 

Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...