10 April 2011

Awas Jauhi Bomoh Mcm ni

Kisah tentang bomoh ambil kesempatan pada pesakit nampaknya semakin menjadi-jadi,ada je yang jadi mangsa.Kesian juga saya tengok,dah lah sakit, jumpa bomoh kena tipu pula.Ada yang lagi teruk kena rogol lagi,diorang ni mmg betul2 melampau.
  Ramai org tak sedar kena tipu dgn bomoh sbb.percaya dengan ckp bomoh yg merawat,perlu diingat sentiasa menanam rasa curiga dlm hati setiap kali anda ingin mendapat rawatan bomoh terutama sekali orang perempuan.Pastikan setiap kali jumpa bomoh mesti ada teman,dari mula rawatan sampai habis rawatan.
Jangan sekali2 tinggalkan pesakit berdua-duaan dengan bomoh lelaki.Lagi pun salah dari segi hukum agama lelaki dan perempuan bukan mahram berdua-duaan.Cuba tgk mcm doktor lelaki  yg merawat pesakit,kalau diorang nak buat pemeriksaan pd pesakit perempuan,dia mesti panggil pembantu perempuan diorg.
   Lagi satu kalau ada bomoh yg nak menyentuh anggota sulit pesakit perempuan ketika rawatan,jgn sesekali benarkan,sebab setahu saya lah kan,jin atau syaitan mmg boleh masuk ke badan manusia kecuali mata,leher dan anggota sulit.Jadi kalau bomoh nak pegang juga itu maknanya dia cuba mencabul kehormatan,itu dah kira jenayah jadi hati-hati dgn bomoh mcm ni kalau boleh tinggalkan je.
    Lagi satu mengenai caj,kalau bomoh minta caj yg pelik2 abaikan kalau boleh jgn pergi lagi.Cth mcm caj yg dikenakan mengikut umur dan sebagainya.Seorang bomoh kena merawat pesakit dgn ikhlas,sbb dia berlawan dgn makhluk yg tak nampak,jadi apa2 hal dia kena bergantung sepenuhnya kpd bantuan Allah,kalau hati dah tak ikhlas,cakap besar mcm dah kuat,tamak fikir untung je,jadi mcm mana Allah nak makbulkan doanya,sbb perangai pun dah mcm setan.Ramai org tak sedar hal ini,kalau bomoh tu power mcmana pun kalau ada sifat mcm ni mmg habis punya buang duit je.Ini cuma pendapat peribadi je berdasarkan pd pengalaman aku berubat dgn bomoh selama puluhan tahun jugaklah.

1 comment:

  1. Semoga kita semua dalam perlindungan Allah...Amin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...