15 March 2011

Buku Bimbingan Keluarga

Rumahku Ofisku

Harga setiap unit (piece): RM18.00


Penulis : Mazneera Zainal
Kod Buku : GB0087
Kod ISBN : 978-983-097-255-8
Harga : RM18.00, CP : 6


 Sebuah buku panduan untuk suri rumah bekerja dari rumah . Pelbagai tip dikongsi antaranya panduan menghadapi dilema, konflik dan tekanan-tekanan yang mendatang. Alternatif bagi wanita membina kerjaya dari rumah tanpa mengabaikan asuhan terhadap anak-anak. Juga diajar cara-cara 'set-up' bisnes.
Untuk membuat pembelian Klik Disini


 

Gerakan Orientalisme &

 Kristianisasi

Harga setiap unit (piece):      RM35.90


Penulis : Hj.Nik Azran Muhamed
Kod Buku : HRPB1003
Harga : RM35.90

 Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut "Al Istisyraq" adalah ilmu tentang
Timur atau hal ehwal ketimuran.Ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan ehwal ketimuran,sejarah,keyakinan penduduk di sebelah Timur,susun lapis penduduk,lokasi,persekitaran tabi'enya bahasa,gaya pertuturan,watak dan syahsiyyah mereka.Kajian ini menyelidiki aliran pemikiran tradisi dalam pelbagai bentuk.Pada mulanya gerakan ini dipelopori oleh Mubaligh Kristian dan Paderi untuk tujuan mendakyah agama Kristian.Tapi akhirnya bergandingan dengan kehadiran Imperialisme barat ke dunia Islam untuk mengukuhkan Penjajahan mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.Untuk mengetahui lebih lanjut,jangan ketinggalan memiliki buku ini.
Untuk membuat pembelian Klik Disini




Sumber Rujukan : http://www.scribd.com/doc/6309139/GERAKAN-ORIENTALISME-





 

Cara Mudah Memahami

Perkataan Al-Quran

Harga setiap unit (piece): RM28.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Syed Nasir Omar Assagoff
Kod Buku : HRPB1011
Kod ISBN :
Harga : RM28.90

Penulis menampilkan satu kaedah yang mudah untuk memahami maksud Al-Quran,Sesuai untuk semua peringkat umur terutama pada yang baru atau masih tidak mengenali bahasa Arab.
Buku ini amat sesuai dimiliki oleh semua orang terutama pada mahasiswa,para pendidik,ibu bapa dan individu yang ingin memantapkan lagi penguasaan bahasa Arab mereka.Untuk membuat pembelian Klik Disini


SumberRujukan
 http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/2009/07/sinopsis-sesungguhnya-kami-menurunkan.html







Begitu Romantis Rasulullah

Harga setiap unit (piece): RM16.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Muhammad Abu Syauqi Banna
Kod Buku : KPBK1008
Kod ISBN : 978-967-361-005-1
Harga : RM16.00, CP : 5

Keluarga merupakan wadah terpenting dalam membina peradaban sesebuah bangsa. Kejayaan sebuah negara tidak mungkin wujud tanpa dilandasi dengan kuatnya asas keluarga dalam masyarakat. Ibarat sebuah bangunan, keluarga adalah asas yang akan menentukan kukuh atau tidaknya bangunan itu.
Di antara batu asas keluarga itu adalah terciptanya suasana harmoni dan romantis antara suami isteri. Keluarga yang sihat dan kukuh tidak akan mungkin wujud jika hubungan antara suami isteri. Keluarga yang sihat dan kukuh tidak akan mungkin wujud jika hubungan antara suami dan isteri tidak terjalin dengan baik.
Untuk membuat pembelian Klik Disini






Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik

Harga setiap unit (piece): RM19.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Razali Saaran
Kod Buku : MRBK1005
Kod ISBN : 978-967-5426-04-9
Harga : RM19.90, CP : 6

Dunia hari ini membayangkan bahawa kerjaya seorang guru semakin tidak dihormati dan dihargai.  Sebahagiannya berpunca dari para guru itu sendiri, tetapi bak kata pepatah ‘disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga’. Maka, kerjaya seorang guru itu dipandang rendah oleh masyarakat.
HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK mengupas tentang peranan para guru dalam membimbing anak bangsa bukan hanya sekadar mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak para guru ketika mengajar dan membimbing pelajar agar keberkesanan dalam pengajarannya dapat dirasai oleh para guru seterusnya juga diterima baik oleh anak didik. HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Di selitkan juga cara-cara Rasulullah SAW bersoal-jawab, bergurau senda, memberi nasihat dan dalam meraikan para pelajarnya.
Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada semua guru dan semoga dengan usaha sedikit ini akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT di akhirat kelak.
Untuk membuat pembelian Klik Disini



Semai Benih-Benih Syurga

Harga setiap unit (piece): RM20.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Khairul Ghazali
Kod Buku : MRBK1010
Kod ISBN : 978-967-5426-10-0
Harga : RM20.00, CP : 6

Setiap yang hidup pasti lawanya mati dan baik lawannya adalah jahat. Begitu juga balasan Allah SWT iaitu syurga dan neraka yang bersesuaian dengan amalan setiap insan di dunia ini. Bagi meraih ganjaran syurga idaman, setiap insan perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang di beri dengan ikhlas dan penuh kejujuran. Sebaliknya bagi mereka yang memilih untuk masuk neraka, mereka tidak perlulah bersusah payah mencari keredaan Allah SWT, sebaliknya hanya perlu menurut hawa nafsu semata-mata.
Terpulanglah kepada kita pilihan mana yang terbaik untuk kita dan seluruh keluargasanak saudara dan sahabat handai kerana orang-orang disekeliling kitalah yang bakal membawa kita ke syurga ataupun neraka. Apa yang penting, semuanya adalah pilihan kita.
Untuk membuat pembelian Klik Disini





Laluan Ke Syurga : Jalan Mana Pilihan Anda?

Harga setiap unit (piece): RM21.90

Penulis : ABDUL FATAH ZAKARIA
Kod Buku : MRBK1015
Kod ISBN : 978-983-44519-3-6
Harga : RM 21.90, CP : 7

"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.
Buku ini boleh di ibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.

Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah di fahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh di terima oleh semua peringkat umur.
Untuk membuat pembelian Klik Disini





Andai Syurga Dan Neraka Tidak Ada

Harga setiap unit (piece): RM21.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Muhammad Hassan Basri
Kod Buku : PTSB1005
Kod ISBN : 978-967-5564-67-3
Harga : RM21.90, CP : 7

 Syurga dan neraka ibarat hitam putih kehidupanyang menunjukkan kebaikan dan keburukkan. Kehidupan setiap manusia kelak berakhir sama ada di syurga ataupun neraka. Namun, sejauh mana kita memanfaat dan menghayati erti syurga dan neraka yang sebenar. Adakah semata-mata kerana ganjaran syurga dan takut pada seksaan api neraka kita tunduk patuh pada perintah Allah atau disebabkan keikhlasan kita sebagai hambanya yang beriman.
Andai syurga dan neraka tidak ada membicarakan tentang hakikat ibadah dalam kehidupanseorang muslim. Buku yang pastinya menguji sejauh mana kita menginginkan ganjaran syurga dan neraka, Buku ini menyingkap hikmah di sebalik semua peristiwa yang berlaku di sekeliling kita melalui amalan-amalan yang kita lakukan.
Untuk membuat pembelian Klik Disini






Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

Harga setiap unit (piece): RM17.50
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Kod Buku : PTSB1006
Kod ISBN : 978-983-3604-07-4
Harga : RM 17.50, CP :

 Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah. Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu? Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di dalam buku ini membantu anda bagi lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah persoalan, adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?
Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia adalah bercanggah. Buku ini memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain. Bukti hidup daripada peninggalan Zulqarnain adalah tembok yang dibinanya bagi menghalang Yakjuj Makjuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Zulqarnain membina tembok serta di manakah tembok itu? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam buku ini. Jangan lepaskannya.  
Untuk membuat pembelian Klik Disini







Didik Anak Gaya Rasulullah

Harga setiap unit (piece): RM29.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Prof. Dr. Huzaemah
Kod Katalog : PTSB1008
Kod ISBN : 978-983-3603-994-7
Harga : RM29.90, CP : 10

 Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak. 
Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain.
Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.
Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani.
Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya.
Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan.

Untuk membuat pembelian Klik Disini


 

Mendidik Anak Perempuan

Harga setiap unit (piece): RM18.50
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
Penulis : Abdul Mun'im  Ibrahim
Kod Buku : PTSB1017
Kod ISBN : 978-967-5564-15-4
Harga : RM18.50, CP : 6

 Walaupun ramai ibu bapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai
yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding
pendidikan rohani dan sahsiah diri. Justeru, buku Mendidik Anak Perempuan menyampaikan ilmu-
ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh. Ia bagi memastikan ibu bapa pada
hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir,
sehingga mereka berumah tangga kelak.
  • Kaedah mendidik anak sejak lahir serta amalan-amalan yang baik semasa menyambut
    kelahiran anak.
  • Pengaruh keadaan sekeliling kepada pendidikan anak.
  • Kaedah ganjaran dan hukuman dalam pendidikan anak.
  • Cara menerangkan kepada anak perempuan berkenaan perkara-perkara yang dilarang
    agama.
  • Mengajar anak perempuan ilmu rumah tangga sehingga mereka bergelar ibu.
  • Ilmu-ilmu penting lain dalam mendidik anak perempuan yang jarang diketahui oleh ibu
    bapa.

Penulis : Dato' Dr Hj Mohd  Fadzilah Kamsah
& Hj. Muhammad Zakaria
Kod Katalog : TBBK1003
Kod ISBN : 978-983-4244-84-3
HARGA : RM 19.90, CP : 6

  • Panduan untuk remaja, bakal pengantin, pengantin baru dan pengantin veteran mendapatkan tip mengharungi dan melayari alam rumahtangga yang mencabar.
  • Teks dipermudahkan dalam bentuk byline , nota ringka, sub-tajuk, quotation dan kisah untuk memudahkan anda membuat rujukan dengan santai.
  • Gambar foto dan ilustrasi memberi penjelasan dan gambaran secara praktik bahawa keharmonian rumahtangga adalah benar, realiti dan mudah dicapai.
  • Gambarajah, carta dan jadual menerangkan langkah yang lebih efisyen dalam kemahiran rumahtangga.

Untuk membuat pembelian Klik Disini



Cakar Harimau..

Harga setiap unit (piece): RM19.90
Hantar sebarang persoalan tentang produk ini


Penulis        :  Siti Nor Bahyah Mahamood 
Kod Katalog :  TBBK 1007
Kos ISBN     :  978-983-3494-04-8
HARGA        :  RM19.90, CP : 6

Klik Sini untuk ke Buku Digital 
Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, suami isteri baru dan veteran. Selain membawa senario cinta dari perspektif Islam, buku ini memberi panduan  bagaimana men-jadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanfaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan  dan bagaimana melahirkan perasaan cinta suami isteri yang tinggi. Topik terhangat ialah teknik “Cakar Harimau” dan “Urutan Labah-Labah” yang popular.
Untuk membuat pembelian Klik Disini







Amalan Ibu Mengandung

Harga setiap unit (piece): RM19.90


Penulis        :  Siti Noor Bahyah Mahamood, Haji      Muhammad Zakaria, Jaafar Salleh
Kod Katalog :  TBBK 1010
Kos ISBN     :  983-4244-86-x
HARGA        :  RM19.90, CP : 6

Kehamilan telah dilalui oleh jutaan manusia sejak Nabi Adam a.s. dan telah me-gembangbiakkan zuriat di atas muka bumi ini. Dari-pada risiko penyakit dan kematian bayi yang tinggi seperti kebanyakan ne-gara-negara di Afrika dan sebahagian negara di ran-tau Asia, peningkatan tek-nologi perubatan dan penyelidikan moden telah berkembang pesat untuk menjadikan kelahiran se-bagai “sifar risiko”.
Untuk membuat pembelian Klik Disini


                            Page 1  2


Syafie Abdullah seorang agen penjual buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari http://www.stormreaders.net/nSelType=N/nANP=/nSearch=/syafie untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...