04 January 2011

Novel Sesuci Murni




Novel sesesuci Murni mengisahkan Siti Nur Murni; anak gadis tunggal dalam keluarga korporat ternama bernama Datuk Khalid. Gadis ini mengikut jejak bapanya yang mempunyai pegangan agama yang ampuh, berbeza dengan budaya keluarganya yang kebaratan. Sebelum Datuk Khalid meninggal dunia, beliau mengamanahkan Murni agar membimbing ibu dan abangnya yang tersasar jauh daripada landasan Islam supaya kembali ke pangkal jalan. Murni berusaha untuk melaksanakan wasiat bapanya namun sia-sia. Kehadiran Julia yang wajahnya mirip Murni menimbulkan fitnah pula; kononnya Murni hidup dalam kepurapuraan. Pelbagai kata kesat dilemparkan oleh abangnya, Azman atas salah faham itu. Dugaan berat itu amat menguji kesabaran dan keimanan. Namun di sebalik usaha Murni untuk menunaikan amanah arwah bapanya, dia sebenarnya sedang bergelut dengan penderitaan dalam dirinya sendiri. Ada rahsia yang disembunyikannya. Mampukah Murni meneruskan perjuangan tersebut? Siapakah gadis misteri bernama Julia yang dikatakan amat mirip dengan wajahnya itu? Mampukah Julia membantu Murni dalam usaha membawa nur dan hidayah dalam keluarga korporat tersebut? Segala-galanya akan terungkai dan dikupas dalam novel “Sesuci Murni” ini, sebuah novel yang sarat dengan konflik, persoalan, dan ideologi yang dapat mengajak pembaca berfikir tentang makna kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.



Masukkan email anda mendapatkan info-info terkini buku yang terbaru di pasaran

Enter your email address:


Delivered by FeedBurner


Syafie Abdullah seorang wakil jualan buku,majalah serta pelbagai produk keluaran stormreaders yang bertauliah dan sah.Kesemua buku dan majalah ini adalah hasil tulisan penulis-penulis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia.Antaranya ialah Dato'Dr Fadzilah Kamsah,Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz,Dr.HM.Tuah Iskandar,Ustazah Siti Norbahyah Bte Mahmood serta banyak lagi.Sila layari E-store kami di http://www.stormreaders.net/syafie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...